“Harap si pelaku terima balasan” Meraung hati ayah arwah Siti Nur Surya

3,027 views

Hati ayah akan meraung sekiranya anak sendiri pergi meninggal dunia ini terlebih dulu. Hanya tuhan saja yang tahu sedihan seorang ayah melihat anak pergi buat selamanya.

Kisah seorang gadis remaja Siti Nur Surya kini telah diketahui ramai. Apa yang mengejutkan suspek perbuatan kes berkenaan ialah rakannya sendiri, seorang gadis yang sebaya umurnya. Suspek berkenaan dah pun ditahan pihak berkuasa dan dalam siasatan.

Apabila kisah ini jadi viral, ayah kepada mangsa menjadi tumpuan ramai. Ramai yang bersimpati dengan Ismail Muda ayah kepada Siti Nur Surya. Kata encik Ismail, dia amat berharap si pelaku akan terima balasannya.

Saya berharap orang atau si pelaku yang buat Siti Nur Surya akan dapat hukuman yang setimpal

Tentang suspek berkenaan, encik Ismail amat terkejut, dan tak sangka, suspek adalah rakan anaknya sendiri.

Suspek itu kawan arwah, dia sebelum ni selalu gak datang rumah, tapi nampak dah beberapa bulan lepas dah jarang datang rumah. Saya betul tak sangka dengan kejadian ini”.

Itulah kata- kata dari encik Ismail semasa ditemubual ketika dtemui di Tanah Perkuburan Islam semalam.

Jenazah Siti Nur Surya telahpun selamat dikebumikan malam tadi di Kampung Beladau Selat, Terengganu dan ramai family serta orang ramai yang hadir.

Sebelum itu, jenazah Siti Nur Surya telah jalani post mortem di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Imbas kembali tentang kes, mangsa ditemui sudah tidak bernyawa di rumah dan pada mulanya disyaki kes pecah rumah kerana ada barang dan sejumlah wang yang hilang.

Namun, ada video CCTV berdekatan rumah yang menunjukkan suspek, seorang pelajar perempuan tingkatan enam, ada datang ke rumah Surya sekitar masa kejadian menaiki motorsikal. Dari laporan awal, ada perselisihan faham berlaku antara suspek dan mangsa sebelum kejadian berlaku.

Daro laporan beberapa portal tempatan, diberitakan, ketika pihak berkuasa mengeledah rumah, didapati ada barang yang hilang ditemui di rumah suspek berkenaan. Malah badan suspek juga dilihat ada kesan seperti pernah berlaku pergelutan, seperti luka dan kesan gigit. Apapun kes ini sedang disiasat lebih lanjut.