Ibu Ashraf Sinclair akan sentiasa ke Jakarta untuk Bunga dan Noah

4,038 views

Berita tentang pemergian Ashraf Sinclair iaitu pelakon dan juga suami kepada penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari baru-baru ini sememangnya mengejutkan dunia seni tanah air dan juga Indonesia.

Ashraf Sinclair yang baru berusia 41 tahun itu telah pun menghembuskan nafas terakhir semasa sedang tidur akibat daripada serangan jantung di kediamannya di Jakarta.

Arwah pelakon ini telah pun selamat dikebumikan di San Deigo Hills, Kerawang.

Terkini apabila ibu kepada pelakon itu iaitu Khadijah Abdul Rahman yang lebih mesra dikenali sebagai Dida telah pun memberitahu bahawa dia dan keluarga telah kembali ke Malaysia.

Dida telah pun memuat naik satu gambar bersama keluarganya di laman sosial Instagram miliknya pada hari ini dengan ucapan terima kasih serta syukur kerana ramai pihak telah mendoakan anaknya itu.

Ini ucapan yang ditulis olehnya: “Assalamualaikum buat semua yg saya kasihi. Keluarga Sinclair dah pun kembali pulang ke tanah air, Malaysia untuk sementara.

“Kami amat syukur kerana menerima kasih sayang untuk arwah Ashraf dan kami mohon doa serta, Al fatihah yg tidak terputus untuknya,”

“InsyaAllah dengan izin Allah, saya akan kerap kembali ke Jakarta untuk bersama dengan anak saya tersayang, Bunga dan cucu saya tersayang, Noah”

“Saya amat sayang pada kamu semua, kerana cintai anak saya, arwah Ashraf Sinclair.

“Mari kita sentiasa buat perkara yang baik di muka bumi ini agar kita dapat bersama dengannya di Jannah nanti InsyaAllah. Alfatihah. Aamin,”

Dia juga menyatakan bahawa dia serta keluarganya yang lain akan selalu ke Jakarta bagi melihat Bunga serta cucunya Noah. Ibu Ashraf juga meluahkan bahawa dia sangat menyayangi semua keluarganya yang telah mencurahkan kasih saying kepada anak sulungnya itu.

Hasil daripada perkahwinan Ashraf Sinclair dan juga Bunga Citra Lestari selama 11 tahun mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Noah yang kini sudah pun berusia 10 tahun.