Ibu dan adik beradik Neelofa unfollow Pu Riz, semua luah perasaan

7,077 views

Ada satu perkembangan yang agak hangat diperkatakan di laman media sosial, di forum dunia hiburan pada hari ini. Ini ada kaitan dengan kisah Neelofa dan Pu Riz.

Pada hari ini, ibu kepada Neelofa, Noor Kartini dan adik beradik Neelofa iaitu Amirah Khan, Noor Nabila dan Athisha serta beberapa family Lofa, ada upload beberapa luahan hati di Ig stories.

Luahan itu tidak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik, namun secara umum luahan itu berkisarkan tentang sikap seseorang.

Bagaikan ada sesuatu yang berlaku, ibu dan adik beradik Neelofa dilihat sudah unfollow Instagram milik Pu Riz.

Melihat Ig milik Noor Kartini, Noor Nabila, Little Miss Khan dan Athisha Khan, kesemua mereka tidak lagi mengikuti Ig milik Pu Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail.

Namun, sehingga malam Sabtu ini, Neelofa masih lagi follow jejaka berkenaan.

Ini antara luahan hati yang dimuatnaik di Ig story family Neelofa pada hari ini. Jom baca.

Dari pencarian, rakan baik Nabila dan Neelofa iaitu Rosix juga dilihat sudah unfollow Ig milik Pu Riz.

Hasil dari pencarian, Pu Riz juga sudah tak follow Ig keluarga Neelofa termasuk ibunya Noor Kartini, tetapi dia masih lagi follow Neelofa.

Tidak diketahui, apakah yang berlaku, kita hanya boleh menunggu komen dari dari tuan punya badan nanti.

Diimbas kembali, hubungan Neelofa dan Pu Riz dilihat semakin serius sejak Pu Riz hadir sedondon dengan Lofa ke majlis perkahwinan adik Neelofa. Malah family kedua belah pihak telah pun berjumpa didalam satu majlis merisik.

Mereka berdua ada buat rancangan untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tahun hadapan.

Neelofa dan Pu Riz juga dilihat berkolaborasi untuk berniaga bersama meneris satu platform diberi nama Markaz Tijari. Antara produk yang dijual ialah susu Neelofa dan juga buku Kaya Jiwa dari Pu Riz.

Share this on...