Ibu Haneesya Hanee buat laporan polis ke atas dua netizen, ini respon mereka

3,071 views

Memang banyak netizen yang telah memperlekeh akan kemenangan Haneesya Hanee di ABPBH 32 yang diterimanya baru-baru ini. Selain dipertikaikan dan dilabel undi sendiri, ada juga yang ambil kesempatan untuk menyindir warna kulit Haneesya Hanee.

Dek kerana itu, Haneesya telah mendedahkan ibunya telah buat report polis kerana dah tak tahan dengan hal sedemikian.

Ini komen artis ini: “Haneesya dah penat bercakap so now let my mother talk. You all can mess with me but not with this lady’s daughter. So to @akustikajalanan n @JefriiMY you hv 2 weeks from now to do a public apology if not my mom is taking this to the court.”

Melalui video itu, ibu Haneesya Hanee bertindak membuat laporan polis terhadap dua orang netizen yang terlibat yang baginya agak keterlaluan.

Ibunya mendedahkan bahawa dua individu berkenaan telah menyamakannya anaknya dengan air bubble tea dan sorang lagi samakan anaknya bagaikan batu Hajarul Aswad.

Oleh itu ibu Haneesya telah berikan tempoh selama 2minggu sahaj buat dua individu itu untuk buat minta maaf secara terbuka dan jika gagal baut sedemikian, mereka berdua akan berdepan tindakan undang dalam mahkamah.

Ibunya turut meminta orang ramai supaya hentikan dari ungkit kisah lama anaknya yang mana dia kata Haneesya dah menyesali perbuatan nya itu iaitu isu ke kelab ketika bertanding di Dewi Remaja sehingga gelarannya di tarik balik.

Dalam pada itu, dua individu itu dah pun tampil memberi respon balas. Jom baca komen dari kedua individu itu.

Jefri Aduba de Janitor (@JefriiMY): “I publicly apologize to @HaneesyaHanee and to your mother. I know my words hurt you a lot. It was during that heat of moment I slipped my hurtful words. I am so sorry! I am sorry. I am not being sarcastic urgh people just love to assume.

Amy Rafael (@akustikajalanan): “Assalamualaikum Haneesya dan keluarga. Berkenaan dengan perkara tersebut, saya sebagai pemilik asal akaun twitter @akustikajalanan dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka dari kekhilafan dan kebiadaban saya tentang tweet pada 26 September 2019 pada jam 4:10pm. Justeru itu, saya berharap pihak Haneesya dan keluarga sudi menerima permohonan maaf dari saya yang ikhlas ini tanpa ada syak wasangka atau niat lain. Terima Kasih kerana beri peluang dan ruang untuk saya perbetulkan kesilapan saya yang melampaui batas ini.

Semoga kes ini beri pengajaran buat semua.

Share this on...