Ibu saudara kongsi kronologi kes Aqil, dijumpai di kolam renang dewasa

4,572 views

Ini adalah satu perkongsian dari seorang makcik apabila anak saudaranya bernama Aqil telah pergi buat selamanya apabila ditemui terapung di kolam renang di hotel terkemuka di Melaka.

Mari kita baca kisah yang sayu ini dari FB bernama Siti Azlina: “PERGINYA TAK KAN KEMBALI, PERJALAN AQIL ANAK SYURGA. RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG.”

Acik amat rindu Aqil, aqil dah tinggalkan kami sekelip mata saja. Dalam gembira Allah dah hantar dugaan yg amat hebat untuk kami sekeluarga semalam. Tidak disangka sama sekali semalam merupakan hari terakhir buat Aqil. Ceritanya sebenarnya adalah begini. Kami sekeluarga bukan pergi holiday atau suka-suka sebenarnya di sana.

Abah dah masuk wad, jadinya aku dah ambil keputusan utk duduk di hotel yang dekat dengan hospital berkenaan. Mulanya aku cuma nak ambil 1 bilik saja. Akan tetapi disebabkan aku nak mudahkan urusan mak, adik, kakak nak tengok abah kat hospital tanpa ulang alik ke rumah, jadinya aku dah ambil 2 bilik untuk kami duduk di hotel melaka. Malam tu sebelum check in hotel, Kami semua tengok abah. Aqil pun ada tu, aqil jumpa atok malam tu. Salam atok, ada sedikit perbualan aqil dengan atok malam last jumpa atok.

Aqil, mama, papa, dan keluarga kemudian datang ke hotel yang aku check in. Mama Aqil ada beritahu Aqil paling suka sangat nak ke hotel, mama dah janji nanti boleh mandi kolam renang pagi esok. Aqil amat suka apabila semua saudara sebaya dengannya turut sama ada sekali. Malam tu Aqil tidur dgn family Aqil, sebelum ni memang jarang nak tengok semua ahli keluarga Aqil kumpul semuanya sekali ada. Abang selalu tiada. Malam itu, semua pun ada tidur di hotel. Tidurlah beramai ramai.

Bila sampai saja di bilik, pertama sekali ramai yang dah excited tunjuk kolam renang yang permandangannya dari bilik hotel. Dalam hati aku, esok mesti dorang semua suka nak mandi kolam renang sebelum tengok atok.

Pagi sebelum turun ke kolam renang, Aqil tengok atok kat hospital jalan kaki dengan mama nya. Nak ambil opah sarapan, sebab opah tak tidur di hotel. Opah dah jaga atok malam tu di wad. Sebelum ni pun mama Aqil selalu cakap, Aqil tak makan dah banyak hari. Selalunya Aqil paling suka makan. Pagi tu nak sarapan aqil jumpa atok.

Semua dah excited tunggu Aqil balik hotel balik lepas sarapan. Sebab nak mandi kolam renang sama sama. Aqil balik hotel, rizqi, rifai, rafanda aleesya semua dah turun bawah dulu. Cuma Aqil dengan papa je lambat. Aqil cakap dengan papa nak buang air besar dulu, baru turun mandi. Lepas itu Aqil turun bawah dalam keadaan sangat gembira tak sabar nak mandi dan bermain. Aku pun turut serta bersama mandi. Aqil memang sentiasa di jaga oleh papa Aqil. Mana saja Aqil pergi papa dia akan ikut. Lepas je kami semua main di kolam kanak kanak yang ada playground. Kami dah tak nampak aqil dengan papa Aqil.

Aqil pergi bermain jauh sikit dari kami. Masatu papa aqil masih lagi ikut aqil. Lebih kurang sejam kami mandi. Dan masatu tiba tiba pulak kami semua pergi ke kolam sebelah. Yang takda cuma aqil dengan papa aqil je. Aqil masih bermain dengan papa aqil. Lebih kurang 20minit tu, bibik aku datang dan terus bagitahu.”puan aqil lemas, ada disana”. Aku dalam keadaan tergesa-gesa terus berlari ke arah yang bibik dah tunjuk kan tu. Sambil aku jerit panggil nama Aqil.

Lebih kurang pukul 11.30 pagi sampai aku ketempat Aqil, aku tengok ramai orang keliling Aqil sambil Aqil dah terbaring lembik tanpa sedar dan badan Aqil dah jadi serta merta biru. Orang semua sibuk beri bantuan pada Aqil. Kebetulan ketiak itu ada orang yang nampak Aqil terapung dan dia yang tolong tarik Aqil ke tepi untuk tolong Aqil sambil tanya “anak siapa ni?”anak siapa ni?”

Selepas itu kebetulan yang tolong buat cpr pada aqil adalah dua orang doctor yang memang bercuti di hotel yang sama. Mereka yang bantu Aqil sebelum sampainya pihak ambulans dan paramedik lain. Aku lihat, mereka bersungguh sungguh tolong aqil. Ramai orang menjerit dan cuba bacakan ayat ayat al quran dikeliling Aqil. Semua orang bersungguh tolong Aqil sayang. Mulut kami semua tak henti semoga Allah beri keajaiban kepada aqil. Aqil terapung lemmmas di kolam orang dewasa. Tak sampai beberapa minit pun sebenarnya.

Kemudian, Aqil dibawa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut, doktor cuba sedaya upaya untuk selamatkan Aqil. Pihak doktor beritahu keadaan Aqil masih tidak beri sebarnag respon. Aqil masih bergantung pada mesin. Tepat jam 12 malam doktor pun beritahu mama dengan mama Aqil, kalau terjadi apa apa kena tabah dan redha. Mama dengan papa Aqil dah mula redha kalau terjadi apa apa. Pada jam 12.30 tengah pagi dokter dah bagitahu Aqil masih belum bagi respon dan terpaksa habiskan ubat dan cabut segala wayar pada badan aqil.

Aqil disahkan tiada, dan kami semua redha dengan pemergian aqil. Aqil pergi dengan keadaan sangat tenang. Muka aqil Indah, senyum, wangi nya ya Allah!

Jam 3 pagi aqil sampai rumah opah dengan atok. Sedihnya, atok sambut aqil sayang. Kebetulan atok discharge semalam juga. Atok singgah tengok aqil pulak kat hospital sebelum atok balik rumah. Sebelum tu atok bacakan yaasin untuk aqil dirumah lepas atok sampai rumah. Atok dengan harapan aqil sedar. Allah maha menentukan segalanya rupanya.

Semoga tenang disana wahai Aqil, anak syurga, kamu dah di syurga sayang. Indah sangat tempat Aqil pergi buat selamanya. Terima kasih Allah kerana bagi pinjam Aqil 5tahun. Minggu depan harijadi aqil. Terima kasih ramai mendoakan aqil sejak semalam. Moga Allah SWT balas kebaikan pada semua. Marilah kita semua sedekah Al fatihah kepada Aqil anak syurga. Al fatihah untuk Aqil sayang.

Semoga ahli keluarganya terus kuat hadapi dugaan yang melanda ini.