Ibu Shuib pula kena alahan ketika Siti Sarah hamil

1,191 views

Shuib dan isteri, Siti Sarah bakal menerima cahaya mata baru apabila Sarah kini sah sedang berbadan dua.

Memang sudah jadi lumrah, ibu yang hamil akan alamni alahan ketika sedang mengandung terutama di fasa awal kehamilan.

Namun, ketika Siti Sarah hamil, lain pula jadinya. Shuib mendedahkan bahawa ibunya turut alami alahan walhal Siti Sarah yang sedang mengandung.

Ahli perniagaan yang terkenal dengan produk Bubble Bee ini akui dia pun terkejut apabila ibunya memberitahu sedang mengalami symptom alahan.

Ibu Shuib telah call dan memarahi Shuib, kemudian mengadu lemah badan dan tak ada selera nak makan.

Pada satu hari tu, ibu saya ada call saya. Dengan nada dia sedang marah, ibu bagitau jangan nak susahkan dia apa-apa. Rupanya ibu beritahu dia sekarang ni tengah muntah-muntah dan tak lalu nak menjamu selera.”

Memang terkejut saya dibuatnya bila tahu ibu pun kena alahan yang agak teruk juga semasa isteri saya, Sarah baru hamil. Kalau ikutkan, dalam satu bulan ibu kena alahan seperti itu, lama jugak.”

Shuib juga mendedahkan satu insiden yang baginya amat lucu apabila doktor sangka ibunya mungkin hamil.

Ada satu kisah lucu bila ibu diberi alat untuk buat pregnancy test semasa ke klinik. Ibu saya terus marah kat doktor tu sebab dia dah masuk 57 tahun dan sudah menopause.”

Dalam pada itu, Siti Sarah juga pelik bagaimana ibu mertuanya pun boleh kena alahan apabila dia sedang hamil.

Sebenarnya semasa pregnant yang lepas, saya tidak boleh makan sebab selalu rasa loya dan akan muntah. Masa itu, saya boleh makan buah oren saja. Peliknya, kini ibu mentua saya pula kena dan dia pun hanya boleh makan buah oren saja, memang sama.”

Siti Sarah berkata dia memang ada alami alahan untuk pregnancy kali ini tapi tidaklah bergitu teruk, malah dia masih lagi boleh bekerja dengan baik.

Share this on...