“Iesya Toh, terima kasih banyak sebar dan fitnah saya” tulis Shuib

5,845 views

Semalam Shuib Sepahtu telah upload gambar keretanya jenis Ford Ranger di depan kedai Bubble Bee bersama isterinya.

Ford Ranger itu dikatakan antara kereta mewah yang telah disita oleh pihak SPRM kerana kes ubah wang yang sedang dalam siasatan.

Dengan adanya gambar terkini bersama keretanya itu, ini sekaligus menepis dakwaan bahawa Shuib Sepahtu ada terlibat secara langsung dengan kegiatan yang sedang disiasat oleh pihak SPRM.

Diketahui ramai Iesya Toh antara individu yang lantang dalam menyuarakan kes ini, dan ada follower yang meminta Iesya Toh minta maaf pada Shuib.

Iesya Toh dilihat dengan rendah diri telah memberi respon dan memohon maaf kepada Shuib kerana ada membuat post berkaitan kereta berkenaan.

Mohon maaf kat Shuib Sepahtu post gambar kereta kamu, even repost from facebook”.

Dalam pada itu, diruang instagram juga, Shuib dilihat ada memberi respon dan turut tag nama Iesya Toh. Ini tulisnya: “Iesya Toh, terima kasih kerana banyak sebar dan fitnah saya. Saya doa agar awak diberkati dan dirahmati selalu”.

Perbualan ini sekaligus membuatkan ramai follower yang memberi respon mereka di post berkenaan. Ada yang meyokong Shuib dan ada yang kagum dengan Iesya Toh kerana beri mohon maaf secara terbuka.

Sementara itu, melihat di IG Iesya Toh, pengacara ini ada member respon balas tentang dakwaan dia ada membuat ftnah ke atas Shuib, sebaliknya mengatakan apa yang ditulis adalah berdasarkan fakta semata.

Salam semua. Saya ada je ni tak lari. Sya bukanlah seperti yang lain, akan meroyan bila kena tag. Tak, kita ni tulis mengikut rekod awak okey, sila berlaku adil okey.

Fakta adalah sememangnya kereta itu kena sita bukan. Sya nak tanya, ada tiga point. Pertama, ada tak penahanan dibuat oleh pihak SPRM? Yang keduanya, ada tak kenderaan tersebut kena sita? Ketiga ada tidak penyiasatan berkenaan ubahan wang”.

Oleh itu sekiranya semua tiga point ini ada, ini bermakna bukanlah satu ftnah. Kalau kes ftnah kenapa tak tag SPRM“.

Jika Sya salah, maka anda juga cakap bahawa SPRM salah juga. Sya hanya kongsikan berita ini dari media perdana dan bersuara untuk mereka yang dah kena aniaya“.

Berapa banyak kereta yang dah kena sita, apa lagi aset kena? Sila nilaikan sendiri, tanpa sebarang prajudis”.

Kemudian pihak media ada menghubungi Iesya Toh tentang isu ini namun pengacara ini memohon maaf kerana tak mahu lagi becakap dan memanjang isu ini.