“I’m millionaire, tak perlu kahwini millionaire” Ameera Khan tolak jadi isteri kedua jutawan

4,727 views

Adik Neelofa, Ameera Khan yang lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan di laman media sosial, boleh dikatakan amat terkenal sebagai instafamous atau influencer.

Sebagai seorang figura yang terkenal, jika Ameera Khan buat live, memang ramailah yang layan dan tengok.

Baru-baru ini, Ameera Khan ada buat live untuk followernya, dan ada kisah menarik yang berlaku.

Ketika Little Miss Khan sedang asyik buat siaran langsung, ada seorang follower mengatakan, bahawa sekiranya dia jadi jutawan, dia akan lamar Ameera Khan sebagai isterinya.

Bukan isteri pertama, tetapi isteri kedua. “Nanti apabila saya dah jadi millionaire saya nak awak jadi isteri nombor dua saya”.

Ameerak Khan perasan komen berkenaan, dan telah membuat komen balas yang menjadi viral serta topic hangat.

Ini reply dari adik Neelofa ini: “Darling I am a millionaire, I do not need another millionaire”.

Mengaku dirinya sebagai seorang jutawan, ada netizen yang mempersoalkan bagaimana Little Miss Khan ni boleh jadi kaya sangat.

Ramai juga macam tak percaya Ameera ni seorang yang kaya dan berkata ianya mungkin kekayaan yang datang dari keluarganya, dari ayah atau kakaknya Neelofa.

Banyak komen yang diberikan dan ada netizen yang mendedahkan bahawa Ameera Khan ni masyuk dengan buat paid review di laman IG miliknya.

Kalau nak tahu, jumlah follower Ameera Khan di laman Instagram adalah lebih dari satu juta follower.

Ini pendedahan seorang netizen: “Satu IG story review dia boleh cecah RM1500. Kalau dah 10 kali review dah boleh dapat RM15 ribu.  Kalau kira-kira boleh dapat RM450 ribu satu bulan kalau konsisten. Her IG post last time saya rasa dalam RM3 ribu. Dan dia buat untuk brand terkenal seperti prada, gucci dan seangkatan dengannya. Big money”.

Apapun, memang Ameera Khan satu family orang yang berduit. Tak perlu persoalkanlah, mari kita orang biasa rakyat marhaen ni bekerja keras cari duit. Semoga semua murah rezeki, amin.

Share this on...