Imej kacak Azwan Ali buat ramai terpegun, “Handsome Azwan Ali”

14,112 views

Azwan Ali yang sinonim dengan panggilan Diva AA, kini kembali mewarnai rancangan tv setelah lama dah menyepi. Kali ini Azwan Ali telah menjadi pengacara untuk sebuah rancangan nyanyian di TV3 iaitu Lagu Cinta Kita.

Di episode pertama, sebaik sahaja terpapar wajahnya di kaca TV, para penonton memberikan pujian kepada Azwan Ali kerana penampilannya.

Azwan Ali tampil dengan penampilan yang kelihatan amat professional sekligus membuatkan ramai mengimbau kemabli zaman kegemilanganya menjadi pengacara satu masa dulu.

Pengacara berumur 54 tahun ini memakai kemeja putih dengan sut berwarna coklat dan yang paling penting rambutnya tersisir rapi disikat dengan amat kemas, memperlihatkan wajahnya yang kacak.

Malahan, Azwan Ali juga dipuji kerana amat serasi dengan seorang lagi pengacara iaitu Elly Mazlein.

Ini antara komen dari netizen yang rata-rata menghemburkan pujian kepadanya.

“Salute kepada Azwan Ali sebab dah boleh kawal emosi serta control mulut ketika bersiaran langsung kat TV3”.

“Macam begini lah diva. Kamu kelihatan teramat lah kacak, so handsome. Suka tengok Azwan Ali jadi pengacara macam ketika dia mengacara rancangan Muzik-Muzik dan Juara Lagu dulu-dulu”.

“Terbaiklah Diva Azwan Ali, rindu dengan intonasi suara Diva macam dulu tu. Lepas tu, imej on point. Memang mantap”.

“Tak tahu kenapa, bila tengok rancangan ni, imbas kembali zaman kanak-kanak masa Azwan Ali atas pentas mengacara Juara Lagu”.

“Terbaik abang Azwan Ali, biar imej macam gini selamanya, barulah nampak kacak dan lebih jantan. Handsome Azwan Ali ni sebenarnya”.

Itulah komen yang positif yang diterima berkenaan Azwan Ali ketika kali pertama rampil di rancangan ini.

Rancangan hiburan Lagu Cinta Kita ini akan bersiaran setiap hari Ahad di TV3 menampilkan Elly Mazlein dan Azwan Ali sebagai pegacara dan Hael Husaini sebagai juri tetap.