Tinggalkan industri ni, tiada keberkatan, pendedahan Zul Yahya

3,572 views

Zul Yahya telah buat satu seruan kepada para penggiat seni dan ini terutamanya kepada mereka yang bekerja di belakang tabir agar tinggalkan kerja di industri hiburan dan silalah cari kerja yang dapat keredaan Allah.

Komen Zul, dengan experience selama 20 tahun sebagai pelakon, dia tengok bahawa industri ini penuh dengan dosa dan lebih kepada nak untungkan sesetengah pihak saja.

“Saya mahu share satu isu, selama pengalaman lebih 20 tahun sebagai anak seni, ini khas buat adik-adik, dan rakan yang masih terlibat dengan industri filem, drama di negara ini terutamanya krew belakang tabir iaitu krew teknikal dan juga krew produksi.

“Saya mahu sarankan pada sahabat-sahabat, marilah kita ubah hidup kita. Sebenarnya industri ni tidak akan bawa kita ke mana pun, tidak ada keberkatan, dapat banyak mana pun, kita akan rasa tidak cukup”.

“Industri ini telah dipimpin teramatlah lari dari kehendak Allah. Dalam ni banyak kaki ampu, berpuak-puak dan banyak lebih pentingkan diri sendiri sahaja. Lepas tu banyak rasuah, apabila mereka ada kuasa telah disalahgunakan, ini nak penuhkan nafsu mereka saja. Sebab tu industri ini indah khabar dari rupa, sembang je lebih”.

“Ni yang berlaku depan mata dan pernah berlaku. Nasib para krew semua kita tahu, mereka inilah yang kerja susah payah keluar pagi dan balik pun pagi, kerja merata, makan kat mana-mana je, banyak pengorbanan dan usaha mereka namun pihak atasan tidak akan nampak.

“Mereka ni nampak keuntungan peribadi sahaja, ini yang berlaku, penerbit, pengarah, stesen televisyen tidak ambi berat dengan soal keberkatan, kalau ikutkan yang ditayang pun tak berkat inikan pula yang diusahakan.

“Mana rakan yang terlibat dengan production dan teknikal, waktu ni, ambil peluang. Allah beri ujian Covid19 agar kita fikir peluang untuk tukar cara hidup, undurlah diri”.

“Ramai kawan saya dulu di hujung hidup mereka tiada apa-apa. EPF pun tak ada, insuran tak hidup, kejayaan pun tiada, hanya segelintir saja ada, itupun kejayaan di dunia namun akhirat belum lagi tahu.

“Marilah kita undur diri cari rezeki yang lebih berkat, keberkatan tuhan ini kita yang kena cari, biar dapat sikit tapi akan rasa cukup, banyak sumber rezeki lain, rezeki amat luas. Industri kita ni dah fail, kita kena berubah”.

“Ini antara sebab saya undurkan diri, tinggalkan industri ini”. Itulah pendedahan dan ingatan dari Zul Yahya kepada semua penggiat seni tanah air.

Di usia 47 tahun ini, Zul Yahya kini terlibat dengan perniagaan dan antaranya perniagaan kedai makan dan juga pakaian. Hidupnya kini dapat dilihat lebih tenang dan bahagia.