Influencer Eira Aziera kena saman RM2 juta sebab video Fb live

8,588 views

Influencer popular di Facebook iaitu Eira Aziera kini bakal di saman dengan jumlah yang amat besar iaitu lebih kurang RM2 juta.

Ini ekoran telah tular satu video menunjukkan bahwa Eira Azira ada memperlekehkan bentuk fizikal seorang wanita bernama Suharnizan menerusi Facebook live pada bulan Ogos yang lepas.

Hal ini disahkan oleh pihak peguam yang mewakili Suharnizan, iaitu mangsa yang kena bambu dengan Eira.

Kata peguam, saman sudah difailkan di mahkamah dan ia akan diserahkan kepada pihak Eira Aziera.

Pada hari ini saman telah didaftar di mahkamah dan pada belah petang saya kemudian menerima email dari tetuan Yahaya Ahmad dari negeri Kedah, yang akan mewakili Eira Aziera“.

Saman tuntutan akan diserahkan melalui hantaran di email dan pos kepada peguam Eira Aziera dalam masa 14 hari. Tarikh sebutan pertama di mahkamah adalah pada tarikh 11 November“.

Suharnizan yang merupakan seorang Pesuruhjaya Sumpah membuat dakwaan ke atas Eira Aziera atau nama sebenarnya, atau nama penuhnya adalah Noorazira Pissal setelah disembur dengan perkataan dan ayat yang agak kasar.

Ini setelah Suharnizan menulis komen di Fb live milik Eira Aziera. “Live masak, live makan, lepastu letak produk kurus, boleh kurus ke”.

Melihat komen dari Suharnizan itu, Eira Azira kemudian mengamuk kepada Suharnizan dan memberi gelaran yang kurang baik serta memuatnaik foto Suharnizan untuk tatapan umum.

Video selama 8 minit menunjukkan Eira Aziera naik angin dan ianya menjadi viral. Suharnizan kemudian telah buat report polis dibuat di pada bulan September.

Eira Aziera ada membuat video permohonan maaf di atas perbuataannya itu dan ianya telah disahkan oleh pihak peguam Suharnizan. Namun isu mengatakan bentuk badan dan fizikal seseorang tetap boleh didakwa.

Sebelum ini Eira Aziera juga ada viral dengan video di kedai makan di Melaka setelah di larang buat live oleh pemilik kedai berkenaan.

Share this on...