“Ini fake, lakonan” Caprice dedah air sirap punca video ni palsu

3,334 views

Kes tentang seorang founder produk telah kena simbah dengan air sirap ketika buat live di kedai makan sedang menjadi topic bahas orang di luar sana.

Antara yang jadi topic perbahasan ialah sama ada insiden ini benar-benar berlaku atau hanyalah satu lakonan semata-mata.

Ada yang mengatakan ini lakonan, sebab mereka nak promosi kedai makanan dan juga produk milik founder berkenaan.

Founder yang bernama Eein itu pernah cakap dalam video yang mana dia menafikan ini satu lakonan dan adalah kejadian yang real yang benar-benar berlaku kepadanya.

Malah pihak kedai makan turut mengatakan ini bukan satu lakonan dan dia rakam dengan phone sebab dah tahu akan berlaku sesuatu setelah mereka bertengkar sebelum kejadian simbah air sirap.

Dalam pada itu, Caprice telah muatnaik satu video dan memberi pendapatnya tentang video ini. Kata penyanyi ini, video ini adalah lakonan semata-mata.

Caprice memberi point bahawa tak ada lelaki samseng yang minum air sirap di kedai makan. Malah Caprice turut berkongsikan bahawa lelaki itu sebenarnya seorang pelakon freelance.

This is my personal opinion. I might be wrong, but this is my prediction. Saya percaya ini adalah palsu, fake. Lakonan untuk marketing. Satu akan bagi tahu kenapa saya cakap begitu”.

Kalau korang perasan, brother yang simbah founder tu, guna air sirap. Malaysia, jantan samseng mana pergi kedai makan order air sirap. Mana ada. Yang minum air sirap ialah budak-budak, makcik, dan sotong”.

Sosial media ni cepat, orang dah dapat tahu sebenarnya brother yang simbah air tu adalah seorang freelance actor”.

Kalau hang nak buat marketing at least study sikit, samseng tak akan order sirap, depa minum teh panas atau kopi kurang manis”.

Ini video dari Caprice.

View this post on Instagram

Syrup ?

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Apapun di ruangan komen, ramai yang setuju dengan Caprice bahawa video ini seperti satu lakonan untuk marketing sahaja.

Ada juga menulis membetulkan sebutan yang di sebut Caprice dalam video tu iaitu simbah air bukannya sembah air. Kelakar juga bab ni.