Ini kenyataan rasmi Neelofa tentang hubungan dengan Pu Riz

3,432 views

Neelofa akhirnya telah buat kenyataan rasmi tentang kisah yang melanda dirinya. Pelakon, pengacara dan usahawan ini membuat satu video di laman media sosial miliknya untuk menjawab beberapa persoalan yang ramai mahu jawapan tentang status hubungan dengan Pu Riz.

Jelas Neelofa, dia akui ini kali pertama dia buat video untuk berbicara tentang kisah peribadinya. Jom baca jawapan Lofa.

“Assalamualaikum, pertamanya saya nak mohon minta maaf kerana ambil masa untuk beri statement tentang isu ini. Sebenarnya saya jarang buat statement dan ambil pendekatan berdiam diri.”

“Ada tuduhan dan andaian berkaitan hal dengan Haris. Saya terkejut membaca andaian yang tak betul dan tak berasas seperti terkena ubat pengasih dan sedang berubat. Juga tentang duit transfer some money, sangat tak betul.”

“Tentang perkahwinan di Kelantan adalah sangat tak berasas dan karut. Ini tuduhan yang sangat berat dan harap dihentikan. Hal ini tak betul dan harap jangan cakap tentang hal ini kerana ianya akan keruhkan keadaan.”

Kemudian bercakap tentang hubungan dengan Haris, Neelofa akui ada yang berlaku dalam hubungannya.

“Ramai nak tahu tentang hubungan saya dengan Haris, setelah apa yang dilihat dari luahan di IG family saya dan cakap-cakap sumber, apa yang saya boleh cakapkan setiap hubungan itu ada cerita yang tersendiri. Sebenarnya tidak manis saya nak cerita berlebihan. Tak manis saya belakangi family dan juga Haris.”

“Saya minta doakan agar berikan kami masa dan doakan kami untuk cari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua buah keluarga.”

“Ini normal untuk setiap relationship, Cuma bezanya saya dikenali ramai, Haris juga dikenali orang sekaligus jadi perhatian.”

“Saya ambil kesempatan ini untuk mohon maaf kepada family saya dan juga family. Saya pasti tak ada sesiapa pun nak lalui apa yang kami lalui ini sebab melibatkan maruah keluarga.”

“Akhir sekali, saya sangat perlukan doa dari anda semua, doa anda dah memadai, dan terima kasih kepada mereka yang sentiasa beri sokongan, saya amat hargainya.”

Tonton video full dari Neelofa di bawah.

Itulah penjelasan Neelofa dan selebriti ini berharap ini akan dapat jelaskan sedikit keadaan yang berlaku.