Ini kisah dan punca sebenar Safiey buang silikon, jadi lelaki balik

3,472 views

Siapa yang tak kenal dengan usahawan kosmetik Mohd Safiuddin atau lebih dikenali sebagai Saffiey. Dia yang kini telah pun selamat menjalani pembedahan ke dua bagi membuang implan siilikon di bahagian dadanya itu di Hospital Kuala Lumpur atau nama ringkas HKL.

Operation ini merupakan kali yang kedua dilakukan olehnya. Menurut rekod, dia telah pun melakukan pembedahan sama seperti ini pada kali terakhir bulan April tiga tahun lepas.

Safiudin atau Safiey telah memberitahu melalui laman sosial Instagram (IG) serta Facebooknya bahawa dia telah melakukan pembedahan tersebut kerana kedua ibubapanya.

Jelasnya lagi dia mengucapkan syukur semua berjalan dengan baik. Kesedaran diri yang banyak buat perkara yang kurang baik sebelum ini dan kembali ingat Tuhan serta ibu bapa membuatkan Safiey mengambil langkah perubahan ini:

“Alhamdulilah. Maaf mgkin jarang update pasni, baru selesai buang implan siliikon. Ayh suruh dan sy telah turuti nya.

“Sebab sy fikir esok maati mcm mana. Sy buat demi reda ALLAHSWT dan juga kerana mak serta ayah. Kwn ada halang tp nanti di akhirat sy yang kena jawab, bukan kawan sy”

Dia turut berkongsi gambar dirinya bersama dengan mak nya. Jelas ternyata mak nya amat gembira dengan perubahan yang telah dilakukan olehnya itu.

“Mak cakap ank lelaki mak sudah kembali. Mlm tadi mak tak mkn sb risau pembedahan. Apit syg mak. Maaf muka tahan sakiit”

Safiey yang dilhat selalu berkongsi gambar berpakaian seperti lelaki itu telah membayangkan bahawa dia mahu kembali berubah ke fitrah asal sebagai seorang lelaki.

Ini tulisnya: “Ok tak kalau saya pose cam ni? Sy tetap lembut tp jnji sye tak pakai yg bertentangan.

Untuk pengetahuan semua, pada tarikh April 2016 Safiudin telah melakukan pembedahan sama bagi kembali kepada fitrah asal sebagai lelaki, tetapi tidak  beberapa lama kemudian mengambil tindakan  untuk menjadi jelmaan perempuan semula.

Diharap dengan perubahan kali ke dua ini merupakan hijrah yang betul-betul buat Safiey. Semoga dia terus kuat untuk terus istiqamah dalam hijrah menjadi lelaki semula. Amin.