Ini mesej penuh antara Norish Karman dan adik arwah Benjy

2,344 views

Kisah yang berlaku antara adik kepada arwah Benjy iaitu Inessa Erdayanty dan pelakon Norish Karman telah pun menjadi tular dan hangat diperkatakan netizen di luar sana.

Semua bermula apabila Norish Karman mengantar mesej secara peribadi atau DM kepada Inessa bertanya dan mempersoalkan kebajikkan Benjy yang dikatakan agak kesusahan ketika berada di dalam tahanan.

Norish dilihat mempersoalkan tindakan adik beradiknya yang membiarkan abangnya dalam kesusahan ketika berada jauh di negara jiran.

Malah pelakon ini berkata Benjy tak ada hubunginya dan kalau tidak sudah tentu dia akan membantu benjy.

Selain itu, Norish juga ada mengungkit mengatakan bahawa arwah ibu mereka iaitu Azean Erdawaty sudah tentu akan berasa sedih.

Ini yang ditulis oleh Norish Karman.

Inessa kemudian telah upload mesej yang ditulis oleh Norish Karman itu kepada umum di laman Instagram.

Ternyata Inessa mengucap panjang dan amat terkejut menerima mesej sedemikian apatah lagi dari seorang yang bergelar pelakon terkenal tanah air.

Adik Benjy telah menulis respon dengan nada yang agak kesal dan marah setelah menerima mesej tersebut.

Pada mulanya Inessa berkata dia nak abaikan saja tetapi melihat Norish ada heret dan kaitkan dengan kakak dan arwah ibunya, dia tak dapat nak tahan lagi.

“Kau cari pasal, belum habis menangis lagi, kubur abang aku ni masih lagi merah, boleh pula tanya apda aku benda macam ni.”

Inessa menerangkan apa yang berlaku kepada dia, kakak dan ayahnya, sepanjang Benjy yang dipanggilnya sebagi Ben, meringkuk di dalam penjara.

Ini respon panjang lebar dari Inessa.

Menjawab tentang kata-kata Norish Karman bahawa arwah ibunya Azean Erdawaty akan sedih, Inessa berkata, jika arwah ibunya terbaca mesej dari Norish, sudah tentu pipinya dah ditampar.