Punca kenapa Sajat terus pakai baju wanita di tanah suci

5,796 views

Sekarang, memang tengah jadi bualan tentang kes melibatkan Sajat, apabila memilih untuk bertelekung di tanah suci sekaligus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia.

Akhirnya menerusi satu laporan dari portal Harian Metro, dikatakan, hanya kerana rasa tak selesa pakai pakaian lelaki di katakana antara punca Sajat atau nama penuhnya, Muhammad Sajjad terus memakai telekung dan memakai seperti wanita semasa berada di Mekah.

Tambah lagi, mengikut kata-kata sumber itu, usahawan itu serta keluarga, pekerjanya serta mutawwif telah selamat tiba pulang ke Malaysia pagi tadi dari tanah suci, dan ia adalah sehari awal daripada tarikh asal mereka sepatutnya balik.

Sajat serta para ahli rombongan itu telah membeli sendiri tiket penerbangan tanpa melalui agensi umrah yang mereka ikuti iaitu Albayt Travel (M) Sdn Bhd.

Kesemua rombongan itu telah selamat mendarat pulang di Malaysia lebih kurang jam 5 pagi tadi.

Berita itu mendapat pengesahan daripada kawan kepada mutawwif yang turut bersama Sajat ketika dia sedang menunaikan ibadah umrah.

Individu yang tidak mahu dikenali itu memberitahu bahawa dia kenal dengan Sajat bila identiti Sajat sebenar telah tersebar.

Menurut individu itu juga, ketika mereka sampai di tanah air lebih kurang pukul 5 pagi tadi, segala urusan Sajat dan rombongan tidak mengalami sebarang halangan seperti yang dicanag seperti sebelum ini.

Dikatakan juga bahawa Sajat dan rakan-rakannya juga tidak di tahan oleh mana-mana pihak polis atau pihak berkuasa yang lain di KLIA, Malaysia.

Tinjauan daripada laman sosial Instagram milik Sajat mendapati dia masih memuat naik gambar-gambar berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan ibadah umrah.

Sajat juga ada memuat naik status IG Story miliknya dengan kapsyen meminta keampuan daripada Allah.

Dilihat juga bahawa dia telah pun menukar semula laman sosial Instagramnya kepada umum dan tidak lagi dalam mode privasi.

Status Sajat di laman sosialnya telah berdoa kepad tuhan, ini doanya: “Ampunkan aku ya Allah aku adalah sorg pendosa. Ya Allah maafkan aku, aku sujud kepada dirimu ya Allah. Syukur alhamdulillah yg baik datangnya dari Allah yg jahat datangnya dr aku.”

Kini ramai yang nak tahu apakah tindakan yang bakal dikenakan kepada Sajat kerana memakai pakaian seperti wanita ketika buat umrah, atau perkara ini hanya akan berlalu pergi tanpa sebarang tindakan dari pihak berkuasa.