Ini video pertama Neelofa setelah berniqab, sejuk memandang

3,818 views

Selebriti yang pernah meraih bintang paling popular di Malaysia iaitu Neelofa memaklumkan kepada orang ramai bahawa dirinya kini telah pun berhijrah dan memakai purdah atau niqab.

Malah, Neelofa turut muatnaik foto dirinya sudah memakai niqab di laman media sosial miliknya semalam sekaligus mengesahkan hal ini.

Hari ini Neelofa buat pertama kalinya tampil menerusi satu video, pagi tadi.

Neelofa membuat sedikit ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dan memberi respon yang positif tentang penghijarahannya itu. Ini video dari Neelofa padi tadi.

Video pertama Neelofa setelah memakai niqab, lihat ucapannya

Posted by Online on Thursday, October 15, 2020

Neelofa yang kini berumur 31 tahun, telah muatnaik satu kenyataan tentang hal ini semalam dan meminta semua mendoakannya.

“Salam semua, assalamualaikum, minta semua doa pada saya, insan yg penuh dgn khilaf ini supaya saya akan sentiasa beristiqamah dalam mahu baiki diri dan terus kuat untuk lalui hari yang akan datang.

“Minta kirim doa untuk perjalanan baru saya ini supaya sentiasa berada dalam keredhaan dari Ilahi.

“Dengan segala izin darinya, semoga kita akan medapat perlindungan dari Allah dan sentias ada dalam rahmat serta ehsan tuhan”.

Pelakon dan pengacara ini turut amat berterima kasih kepada ibunya yang sentiasa menyokong Neelofa. Ini komenn

“Inilah dia insan teragung (ibu Lofa) yang selalu ada di sisi diri ku ini di setiap langkah. Sayang amat sayang kamu mama”.

Di laman jenama tudungnya, ada satu entry khas dari team perniagaan tudung itu yang sentiasa menyokong Neelofa.

“Sentiasa buat kita semua inspired. Itulah foundr dan pengasas Naelofar iaitu Neelofa. Beliau buat sejarah dengan mengumumkan keputusannya untuk memakai niqab”.

“Masih lagi berpegang dengan motto hidupnya iaitu “the only barriers to success are the ones we make ourselves. Neelofa masih lagi membuat kita semua rasa kagum”.

“Semoga perjalanannya dirahmati dan menjadi bukti bahwa walaupun wajah dilitupi, wanita masih mampu menggerakan dunia. Sila bersinar wahai Neelofa”.