Ini videonya, Lan Pet Pet naik angin, bergaduh dengan penghantar makanan

2,930 views

Satu video menjadi tular pada hari ini yang mana ianya menunjukkan pelawak terkenal iaitu Lan Pet Pet sedang berkelahi dengan seorang lelaki.

Video bersurasi 23 saat itu menunjukkan Lan Pet Pet naik angin dan ada melepas satu pukulan ke atas seorang lelaki muda yang dilihat merupakan seorang rider, penghantar makanan.

Di dalam video itu, beberapa lelaki dilihat cuba meleraikan perbalahan dan ada yang memegang Lan Pet Pet dari terus mengamuk. Mereka dilihat berusaha untuk menenangkan Lan Pet Pet.

Ketika itu, Lan Pet Pet sudahpun rangkul bahagian kepala lelaki berkenaan sambil cuba menumbuknya.

Pelawak yang terkenal bersama kumpulan Senario itu ada menjerit kepada lelaki berkenaan dengan ayat seperti ini.

Hang duduk kat Tropicana nak tunjuk samseng plak kat aku. Hang tau dak aku ni siapa?

Video ini dirakam oleh seorang di dalam kereta akan tetapi lokasi serta waktu kejadian tidak diketahui dengan lebih tepat.

Wanita yang merakam video itu ada berkata seperti ini. “Apa ni, benda sikit je Lan Pet Pet ni apa lah.

Kejadian berkenaan turut disaksikan oleh kanak-kanak di dalam kereta berkenaan, berdasarkan suara di dalam video berkenaan.

Ini video berkenaan.

Sehingga kini Lan Pet Pet telah dihubungi pihak wartawan dan media untuk mendapatkan penjelasannya. Namun La Pet Pet masih lagi tidak memberi sebarang kenyataan berhubung kes ini.

Pelawak berumur 51 tahun ini, pernah naik angin pada tahun 2019 yang dirakam oleh video CCTV.

Ketika itu ada satu kes melibatkan Lan Pet Pet mengamuk dengan sorang security guard yang juga seorang warga emas di Negeri Sembilan.

Kes berkenaan selesai setelah Lan Pet Pet meminta maaf kepada sucirty guard berkenaan iaitu Pak Ya yang sudahpun berumur 70 tahun. Namun Lan Pet Pet telah didakwa dan didena sebanyak RM2 ribu setelah mengaku bersalah.