Ini yang berlaku sebelum Datuk Nassier Wahab meninggal dunia

5,551 views

Bekas peserta Gegar Vaganza iaitu penyanyi Datuk Nassier Wahab pergi buat selamanta apabila disahkan sudah tiada lagi dan meninggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Datuk Nassier Wahab menghembuskan nafas terkahirnya sekitar jam 12.45 awal pagi hari Khamis.

Berita yang mengejutkan ini telah dikongsikan rakannya, yang juga bekas peserta Gegar Vaganza iaitu Zur Eda menerusi satu mesej di aplikasi WhatsApp kepada rakan-rakan selebriti.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Dengan dukacitanya diberitahu bahawa Datuk Hj Nassier Wahab baru saja hembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 12.45 pagi di Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya. Sama-samalah kita berdoa serta sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh arwah akan ditempatkan bersama roh para solehin. Al-Fatihah,”

Dengan tersebarnya mesej berkenaan, ramai yang meluahkan rasa terkejut dengan berita pemergian Datuk Nassier Wahab.

Bercerita tentang apa yang berlaku, pembantu kepada arwah Nassier Wahab iaitu Aliff Salim memberitahu, keadaan Nassier dilihat terlalu pucat dan pihak doktor menasihatinya agar buat rawatan tambah darah pada hari Selasa yang lepas.

Namun, Nassier Wahab dikatakan alami symptom yang mana dia telah muntah darah yang amat banyak dan akhirnya dia disahkan meninggal dunia pada awal pagi Khamis.

Selain Aliff, isteri kepada Datuk Nassier Wahab iaitu Fatimah Abd Rauf, turut berada bersamanya semasa kejadian.

Bercerita lanjut tentang keadaan kesihatannya, pada bulan Jun lepas, Nassier Wahab telah jalani pembedahan untuk buang ketumbuhan pada rahang kiri akibat kanser gusi yang dihidapinya.

Akibat penyakit berkenaan, dia sentiasa mendapatkan rawatan susulan dengan melakukan radioterapi dan kimoterapi di pusat perubatan yang sama.

Arwah Nassier Wahab mula mengalami penyakit itu sejak 5 tahun lalu apabila mengadu sakit gusi. Arwah memang diketahui amat merahsiakan sakitnya.

Antara lagu popular Allahyarham ialah seperti Memori Cinta Luka, Sekali Aku Jatuh Cinta dan Bayangan Wajah Luka. Di Gegar Vaganza musim kedua, Nassier Wahab mendapat tempat keempat yang mana Siti Nordiana dinobatkan sebagai juara ketika itu.

Pada tahun 2017, Nassier Wahab menerima penghormatan apabila telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk.

Jenazah Nassier Wahab dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu Belah.