Intan Najuwa dah unfollow IG tunang

16,346 views

Memamg tak patut, itulah kebanyakkan pendapat yang diberikan tentang gambar viral melibatkan Zul Ariffin dan juga pelakon sedang meningkat naik, Intan Najuwa.

Minggu lalu, gambar aksi kedua-dua pelakon ini menjadi bualan ramai dan pada mulanya ingatkan ianya hanyalah satu lagi gimik untuk lariskan drama lakonan Intan Najuwa dengan Zul Ariffin.

Namun begitu, ramai yang terkejut apabila pengarah drama berkenaan tampil menafikan ada adegan berkeneaan dalam mana-mana babak. Ini bermakna gambar mandi laut itu bukan arahan dari produksi drama, ianya terus jadi tanda tanya orang ramai.

Netizen terus memberi komen bahawa aksi dukung dan seperti yang dipaparkan dalam gambar itu langusng tak patut dibuat oleh seorang wanita yang sudah bergelar tunangan orang.

Sebelum ini, tunang Intan Najuwa dilihat tak nak ambil port tentang hal ini dan berkata dia tak mahu keruhkan keadaan jika tersalah komen.

Sehingga sekarang, Intan Najuwa telah mendiamkan diri, dan tidak memberi sebarang respon tentang penyebaran gambar berkenaan.

Namun dalam perkembangan terbaru, jika diamati di laman media sosial Instagram Intan Najuwa, pelakon comel ini dilihat telah padam gambar bersama tunangnya itu di laman IG miliknya.  Hanya ada satu gambar sahaja bersama.

Malahan lebih mengejutkan lagi, Intan Najuwa dilihat telah unfollow IG miliknya tunangnya yang bernama Razrul Anwar Rusli.

Sementara dilihat pada IG Razrul, jejaka ini masih lagi tidak memadam foto bersama Intan Najuwa pada tarikh 20 Ogos dan juga 8 Jun.

Akan tetapi, Raz juga dilihat sudah unfollow Intan Najuwa. Namun begitu, Raz masih lagi follow instagram milik adik-beradik Intan Najuwa yang lain.

Mengapa mereka ambil keputusan untuk unfollow sesame sendiri? Kita tunggu lah penjelasan dari mereka nanti.

Untuk pengetahuan, Intan Najuwa dan Raz telah bertunang pada bulan Ogos yang lalu. Intan sebeleum ini dikritik kerana sering muatnaik gambar berpegangan dengan pelakon lain, namun pelakon berkenaan berkata ia hanyalah kerja nya untuk promote naskah lakonannya.