Intan Najuwa sah dah putus tunang

4,875 views

Akhirnya terjawab sudah isu tentang status pelakon comel, Intan Najuwa dengan tunangnya iaitu Razrul Anwar, mereka berdua kini telah pun disahkan putus tunang. Berita ini telah disampaikan sendiri oleh tuan punya badan apabila Intan sendiri yang mengesahkannya.

Intan Najuwa telah memberitahu bahawa keputusan untuk meleraikan ikatan pertunangannya bersama Razrul Anwar yang juga merupakan ahli perniagaan adalah menerusi perbincangan bersama.

Menurut pelakon kecil molek itu lagi dia berkongsi tentang berita tersebut supaya Razrul tidak lagi terpalit dengan pelbagai kontroversi yang melanda dirinya dalam dunia seni hiburan.

Kenyataan dari Intan lagi: “Sebenarnya, hubungan diantara saya dan dia sudah pun berakhir dan keputusan telah dibuat setelah kami berdua buat satu perbincangan dan ianya berlangsung dengan cara baik. Kini di antara kami sudah tiada jodoh dan taka da lagi persefahaman.

“Bila perpisahan itu berlaku, biarlah kami saja yang tahu tentangnua. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi Razrul dikaitkan dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang dunia hiburan ini.

“Saya tidak mahu dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontroversi berkaitan dengan diri saya nantu. Biarlah Razrul jalani hidup tanpa ada gangguan melibatkan kisah saya”

“Saya nak bersihkan nama saya dan juga nama dia selain nak jelaskan situasi hubungan kami sebelum ini. Saya mengaharapkan agar semua orang faham serta tak judge dengan apa yang telah berlaku.

“Apa yang telah berlaku, di luar kuasa saya. Kami berdua hanya mampu merancang akan tapi tuhan yang menentukan segalanya. Sememangnya jodoh, ajal dan maut itu adalah sudah ada ditangannya,”

Jika sebelum ini kecoh apabila Intan Najuwa telah pun block akaun Instgram serta memadam semua gambar bersama bekas tunangnya itu.

Sebelum ini, ramai buat dakwaan bahawa isu jarak usia 16 tahun serta berbeza bidang adalah punca kepada putus tunang tersebut namun Intan berkata mereka sudah tiada lagi persefahaman.

Sebagai rekod, pasangan ini telah mengikat pertunangan mereka sempena hari jadi ke- 22 Intan Najuwa pada 18 Ogos 2019 di Hotel Thistle, Johor Baharu.

Share this on...