Irwansyah panik tangan isteri naik ruam lepas basuh baju

1,981 views

Pelakon popular negara seberang iaitu Irwansyah dikatakan resah dan gundah gelana setelah melihat keadaan tangan isterinya Zaskia Sungkar.

Telapak tangan Zaskia Sungkar menjadi kemerahan penuh dengan ruam dan ini semua mula terjadi setelah isterinya itu selesai membasuh baju.

Irwansyah menjadi panic setelah melihat isteri tersayang terkena ruam disyaki akibat alahan.

Melihat dari laporan portal hiburan Hot Detik, Zaskia Sungkar ada muatnaik reaksi panik yang ditunjuk oleh Irwansyah pada hujung minggu lepas.

Irwansyah dilihat amat risau dan sedang membuat panggilan telefon untuk tanya bagaimana nak buat dengan tangan isterinya itu.

Ini pula caption dari Zaskia Sungkar: “Inilah yang telah buat Irwansyah amat panik. Memang hairan sangat, bagaimanakah tangan saya kena seperti ini. Semalam lepas saja cuci baju, tangan saya terus rasa panas dan kemerahan seperti ini. Ada yang tahu tak macam mana ini berlaku?

Tengok ni Irwansyah sedang rasa panik. Saya dah cakap InsyaAllah kejap lagi hilanglah ni. Terharu dengan suami saya ni, lucu juga tengok. Apapun nak buat macam mana ni.”

Diruangan komen, ramai follower pasangan ini yang memuji rasa risau yang ditayang oleh Irwansyah. Ramai mengatakan pelakon tersebut benar-benar ambil berat dan sayang kepada isterinya.

Kemudian ada juga komen-komen dari orang ramai yang memberi pendapat tentang condition tangan Zaskia Sungkar itu. Ada yang kata puncanya dari detergen pencuci, dan ada yang kata sebab Zaskia jarang buat kerja rumah.

Ini tulis Raffinagita: “Cepat sembuh ya Zaskia. Aduh teruk juga walhal cuma cuci baju.”

Itu namanya memang tak biasa buat kerja rumah, ye lah sebab dah biasa hidup senang,” Tulis seorang netizen bernama Thonya.

Irwansyah popular di Malaysia dengan drama filem berjudul Heart dan Love Is Cinta. Lagu popular pula berjudul Pencinta Wanita dan My Heart duet dengan Acha Septriasa.