Isha Norsham tak minat jejaka Melayu, idam suami seperti lelaki Korea

2,436 views

Secara tiba-tiba ada seorang gadis yang jadi viral sekelip mata. Ini gara-gara satu keratan akhbar berkenaan pilihan hatinya yang tidak berminat menjalin hubungan dengan jejaka dari Malaysia.

Gadis ini memang cantik orangnya. Namanya ialah isha Norsham, seorang yang baru dalam industri hiburan tanah air. Isha Norsham merupakan pengacara rancangan Astro Gempak TV.

Isha Norsham sememangnya memiliki ciri-ciri wanita idaman untuk jejaka di Malaysia ini, namun kini akui masih lagi single, belum berpunya.

Ini disebabkan Isha tak minat dengan jejaka tempatan dan lebih tertarik dengan jejaka dari negara Korea Selatan.

Jelas gadis berumur 24 tahun itu, antara ciri jejaka yang diidamkan ialah lelaki itu kena tinggi, dan memiliki ciri-ciri seperti seorang pelakon terkenal Korea Selatan.

Pelakon dari Korea Selatan itu ialah Lee Min Ho yang pernah membintangi filem Gangnam Blues dan tv siri popular Boys Over Flowers. Jom baca kenyataan dari Isha Norsham.

Antara ciri penting untuk jadi pasangan saya ialah lelaki itu kena ada ketinggian sekitar180cm ke atas. Sekarang ini saya memang sedang cari lelaki yang ada tepati kriteria tersebut untuk dijadikan sebagai teman hidup, suami saya. Syarat ini saya dah tetapkan sebab saya amat sukakan dengan pelakon Lee Minho”.

Apapun, itu adalah hak seseorang untuk memilih teman hidup masing-masing. Kalau Isha dah minat jejaka seperti lelaki Korea, itulah pilihan hatinya. Semoga dapat jumpa pasangan yang diidamkan kelak.

Isha Norsham lahir dari negeri utara Perlis, telah terlibat sebagai penari dan juga dalam program Astro on Air. Isha juga boeh dilabel sebagai popular di platform TikTok dengan mempunyai sebanyak 57 ribu follower setelah viral buat satu tarian any song challenge.

Share this on...