Isteri Dato Jamal Abdillah disahkan hamil anak kedua

3,592 views

Datuk Jamal Abdillah telah mengumumkan dan berkongsi satu berita yang amat menggembirakan hari ini apabila isterinya iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin disahkan sedang mengandung anak kedua.

Penyanyi bersuara emas yang kini sudah mencecah umur 60 tahun itu berkata, dia telah bawa isterinya untuk buat satu pemeriksaan di pusat perubatan apabila isterinya ada mengadu terkena alahan dan sudah tidak datang bulan.

Ini komen dari Datuk Jamal Abdillah: “Rezeki saya. Usia kandungan dah masuk 10 minggu. Satu pengesahan dah dibuat dua hari lepas, namun masih awal, belum nampak jantina nya“.

Kenyataan ini dibuat oleh penyanyi dan pelakon ini menerusi satu hantaran whatsapp.

Datin Zai Izzati Khiruddin sebelum ini selamat melahirkan anak pertama pada bulan Oktober tahun 2019, setelah berkahwin selama dua tahun dengan Datuk Jamal Abdillah.

Mereka berdua berkahwin pada 1 April 2017 dan anak sulung mereka di beri nama Nur Azura Yamani yang kini dah masuk umur 7 bulan lebih.

Anak sulung itu lahir secara pembedahan Caesarean section dengan berat 2.7kg di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

Diimbas kembali, Datuk Jamal Abdillah dikurniakan dua orang anak lelaki daripada dua perkahwinan sebelum ini iaitu Osama Yamani, yang kini  dah berumur 18 tahun, dan anak keduanya iaitu Ahmad Zaki Yamani, dah berumur 13 tahun.

Kata Jamal Abdillahm kedua anaknya turut gembira dengan kelahiran Azura dan kini teruja menunggu seorang lagi ahli keluarga.

Datuk Jamal Abdillah merupakan penyanyi legenda, yang amat popular dengan lagu berjudul Azura, Kekasih awal dan akhir, Gadis melayu, Penghujung Rindu, Seroja dan Ghazal Untuk Rabiah.

Selain menyanyi, Jamal Abdillah juga berlakkon beberapa filem yang menjadi hit yang mempunyai tajuk yang sama dengan lagu nyanyiannya, iaitu filem Azura, Kekasih awal dan akhir serta filem Ghazal untuk Rabiah.

Tahniah diucapkan buat Dato Jamal Abdillah dan isterinya, semoga semua urusan dipermudahkan.

Share this on...