“Isteri tunai haji, suami pula sibuk buat lagu maksiat” – Netizen persoal Aliff Syukri

2,414 views

Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, isteri kepada ahli pernagaan berstatus jutawan iaitu Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur setelah diberi peluang untuk ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

Dari satu perkongsian, Datin Shahida gembira kerana dapat buat ibadah haji buat kali kedua. Akan tetapi dia pergi ke tanah suci tanpa ditemani suaminya, Aliff Syukri.

Kata Shahida, last dia ke tanah suci adalah pada tahun 2016 untuk buat ibadah haji.

Datin Shahida yang kini sedang hamil anak kelima telah bercerita tentang perasaannya untuk ke tanah suci di laman IG miliknya semalam.

Suaminya, Datuk Aliff Syukri dilihat telah upload gambar dengan Datin Shahida dan telah mendoakan supaya urusan isterinya itu dipermudahkan olehNYA.

Kini, Aliff Syukri khabarnya amat sibuk atas urusan kerja. Dari perkongsian di laman IG, Aliff sedang dalam proses untuk buat lagu baru.

Namun, walau sibuk dengan pembikinan lagu tersebut di Negara jiran, Indonesia, Aliff masih sempat menghantar isterinya itu ke lapangan terbang sebelum terbang ke Mekah.

Akan tetapi, ada segelintir orang ramai yang tampil persoalkan kenapa juatawan kosmetik itu tak ke Mekah bersama isterinya itu.

Warganet dilihat telah mempersoalkan tindakan Aliff yang lebih sibuk menyiapkan lagu baru sampai  tak ada masa menunaikan ibadah haji.

Ini antara nukilan dank omen netizen:

“Kenapa Datuk tak ikut sekali? Tahu Datuk pernah pergi dulu… tapi Datuk banyak duit kenapa tak pergi sekali dengan Datin?

“Isteri nak pergi haji, suami sibuk buat lagu maksiat dekat Indonesia.

“Itulah namanya tetamu Allah. Tak semua boleh jadi tetamu Allah dan waktu berbeza, jangan suka mempertikaikan, sebaliknya tanya diri sendiri bila kita yang akan jadi tetamu Dia pula”

Untuk pengetahuan, Aliff Syukri kini baru pulang dari Indonesia setelah merakamkan lagu baru yang diberi nama Cowok Baru.

Sebelum ini, memang banyak lagu Datuk Seri Aliff Syukri yang viral walaupun kena hentam, kita tunggu lagu ni pula macam mana.