Isu rumahtangga hanya gimik untuk launch produk, Shuk minta izin kahwin secara live pula

2,162 views

Ramai yang dah tahu kisah mengenai rumah tangga pelawak dan pengacar Shuk Sahar dengan isterinya Rossa Sera.

Mereka kini dikhabarkan dalam fasa untuk kembali berbaik-baik semula setelah Rossa Sera buat pendedahan sikap Shuk yang sekali lagi bermain kayu tiga.

Semalam isteri Shuk itu telah buat satu live khas sempena nak keluarkan produk terbaru miliknya.  

Shuk dilihat telah ambil inisiatif untuk buat kejutan kepada isterinya itu ketika dia buat live di laman media sosial.

Semasa siaran langsung Shuk ada buat video call dan telah meminta izin dari isterinya itu untuk berkahwin.

“Shuk nak ucap terima kasih bagi rezeki dekat keluarga Shuk. Shuk memang izinkan. No heart feeling. Shuk pun nak cakap dengan Sera. I nak minta izin. I nak minta izin untuk nak kahwin.”

Memang rata-rata semua pun tertanya-tanya dengan percakapan dari Shuk itu.

Sebenarnya, Shuk sudah ada diluar rumah mereka dan telah lengkap pakai baju pengantin, rupanya dia mahu sekali lagi berkahwin dnegan isterinya itu.

Rombongan dari Shuk itu dilihat turut membawa beberapa dulang hantaran untuk isterinya dan juga terdapat paluan kompang. Ini videonya, Shuk datang bermula dari minit ke 20 lebih.

Dek kerana hal ini, ada follower yang anggap dan persoalkan sanggup Shuk gunakan rumah tangga untuk lariskan dan viralkan produk yang dingin dipasarkan.

Menjawab persoalan ini, Shuk memberitahu ini bukanlah satu gimik tetapi dia memang ingin pulihkan hubungan dengan isterinya dan ini adalah masa yang terbaik.

“Saya akui ada yang cakap bahawa semua isu yang timbul ni adalah gimik sebab saya datang masa Sera buat live untuk lancar produk. Ikutlah, terpulang apa mereka nak cakap apa.”

“Hari ini, saya pilih untuk datang sebab saya baru tahu isteri saya nak buat live dan lancar produk jadi saya dan kawan rancangan nak datang dan pinang dia semula.”

“Walau ada yang cakap Sera nampak kurang selesa, tapi bagi saya ini masa yang terbaik untuk jumpa isteri saya.”

Menjawab bahawa ini semua lakonan semata-mata dan hanya untuk raih perhatian termasuk pendedahan kisah dia bermain kayu tiga, Shuk memberitahu ini semua bukan lakonan.

“Tak bijak kalau nak cipta isu sampaikan maruah saya tercalar. Malah saya juga telah digantung tugas. Agaklah kalau nak cakap inisemua gimik.”

“Saya buat silap, saya malu dengan family, isteri, anak-anak dan termasuk keluarga mertua saya. Ini bukanlah gimik.”

Itulah penjelasan dari Shuk tentang kata orang luar yang menuduhnya buat gimik untuk lariskan produk milik isterinya.