Itu normal, yang tak risau tu dia tak normal, kenyataan lanjut Risteena

1,613 views

Semalam agak tular isu tentang Risteena dan tunangnya iaitu Isa Khan. Kisah tunang kepada Risteena yang amat risau kerana tak dapat menghubungi nya selama 30 minit telah jadi bualan ramai.

Ada yang mengatakan mereka ni betul-betul sweet, caring dan sayang antara satu sama lain. Namun tak semua yang menyukainya. Ada juga yang bertindak mentertawakan mereka dan ada yang menulis kata-kata kurang enak tentang kisah mereka berdua ini.

Menjawab isu kecaman dari netizen ini, Risteena tampil memberi respon balas. Ini komennya.

“Tentang isu posting sebelum ni yang saya tulis, saya diberitau ada ramai yang beri kecaman. Saya tak tahu sebab malas nak baca komen. Saya di sini nak terangkan, pada malam saya drive balik dari rumah Isa, saya mengantuk dan masa tu dah tengah lewat malam. Jadi normallah Isa nak risau takut apa jadi. Contohnya kemalangan ke apa. Kalau orang tersayang atau ahli keluarga dalam situasi sama, sudah tentu kita risau. Itu normal. Yang tak risau itulah yang tak normal”

“Saya hanya share kisah hidup saya di media sosial milik saya. Saya bebas post apa sahaja. Saya tak kacau orang, tak kacau suami orang, tak cakap benda tak baik pasal orang. Itu perkongsian saya nak ingat moment tu dalam hidup saya ni.”

“Posting tu saya tak sangka jadi viral, saya tak minta pun jadi tular macam tu. Ada yang amiknya sebagai positif saya ucap terima kasih, tetapi ada yang ambil jadi negative, oleh itu saya terpaksa tutup komen di media sosial saya. Ada yang bukan follower saya pun tetapi masuk komen yang tak bagus.”

“Saya tahu manusia ni tak sempurna, tapi saya tak sangka ada manuis yang sekejamm ni.Tak bolehkan doakan yang baik je, cakap dan fikir benda baik sahaja. Walaupun ada yang tak suka tetapi sebenarnya saya happy sahaja. Ramai yang sentiasa ada untuk support saya.”

Itulah kenyataan balas dari Risteena tentang isu ini. Kakak kepada Ruhainies ini tak mahu ambil peduli tentang mereka yang tak suka dan lebih focus kepada follower serta peminat setianya sahaja.

Share this on...