Jangan cari masalah di tempat kerja, Siti Elizad sound pelakon baharu

4,410 views

Antara sikap yang paling disenangi semua orang ialah menepati masa. Kalau diingati, nama Fasha Sandha antara pelakon yang sering datang awal, berdisplin dan dikenali dengan sikapnya yang tepati masa.

Sikap sebegini memang membuatkan seseorang itu disukai ramai kerana mempunyai etika bekerja yang baik.

Dalam satu perkembangan terkini, pelakon Siti Elizad buat satu kenyataan yang mana dia agak kurang gemar dengan sikap dan perangai seorang pelakon baru.

Siti Elizad bengang dengan pelakon baru berkenaan kerana sering lewat untuk jalani penggambaran.

Elizad telah muatnaik rasa kurang senangnya itu di laman media sosial. Menerusi postnya itu dia telah mempersoalkan sikap pelakon tersebut. Namun nama pelakon baru itu tidak disebut secara direct.

Pelakon ini menegaskan pendedahan ini dibuat agar pelakon berkenaan sedar dengan perbuatannya itu dan berharap pelakon berkenaan jadi lebih berdisplin.

Ini antara luahan yang dibuat oleh Siti Elizad: “Ada seorang pelakon baru ni, dia dilihat baru nak berjinak-jinak di industri lakonan ni namun dia dah buat hal sebab selalu datang lambat. Kalau ikutkan bukan lah nak soal seseorang itu baru atau pun lama. Tetapi, kita ni bersama nak cari rezeki. Oleh itu, ini tentang sikap tidak menghormati call time org lain

Tolong lah, sila hormati call time orang lain, jika kita nak berjaya dalam hidup, kenalah biasakan bangun awal dan jangan cari masalah di tempat kerja utk cari rezeki. Saya sendiri pun memang amalkan, kalau nak berkerja mesti datang sejam awal atau setengah jam sebelum start kerja”.

Itulah komen dari pelakon ini. Sehingga kini tidak diketahui siapakah individu pelakon baru tersebut. Apapun diharapkan pelakon baru itu cepat sedar dan menjadi lebih berdisplin seperti pelakon senior seperti Elizad dan Fasha.

Dalam perkembangan terbaru, Siti Elizad berlakon dengan Datuk Aaron Aziz menerusi satu drama bersiri berjudul Jalan Sesat Ke Syurga.