Jangan kahwin atas pressure orang, inilah kesilapan yang aku buat – Zarina Anjoulie

1,242 views

Zarina Anjoulie hari ini memberitahu kepada public bahawa dia tela hpun berpisah dengan suaminya iaitu Eilyas Azhar.

Perkahwinan mereka ini hanya mampu bertahan selama 6 bulan sahaja.

Pelakon berumur 33 tahun ini membuat satu pengumuman pagi tadi dan apabila di tanya pihak media, Zarina memberitahu bahawa mereka berdua kini dah tak lagi sehaluan.

“Yes itu betul, saya kini telah bercerai. Saya tak nak kecoh pun. Sebab tak ada apa-apa perkara burukpun yang terjadi, cumanya kami berdua sudah tidak lagi sehaluan. We are just not in the same page anymore. It is by choice. It’s just what’s the best for me.”

“Oleh itu perpisahan ini merupakan pilihan yang terbaik. Terima kasih kepada sesiapa yang hubungi saya tentang hal ini. Saya terharu.”

“Ketika ini saya mahu fokus dengan kerja, family dan anak saya. Bertahun-tahun saya duduk seorang sebagai ibu tunggal (sebelum kahwin dengan Eilyas). Lepas ini saya akan luangkan masa yang ada dengan family.”

Melalaui satu video yang lain, Zarina Anjoulie yang lebih mesra disapa dengan nama Anju berkata, dia berkahwin terlalu awal. Malah menasihati orang ramai jangan kahwin ikut kata orang lain.

“Aku rasa aku ni kahwin terlampau cepat sangat itu je. Sebab orang lain yang pressure. Sekarang aku tengok ramai orang selalu pressure suruh kahwin. Dengan PU semua pun sibuk suruh aku kahwin, Korang ni semua mengelabah. Lain kali janganlah kahwin atas nasihat orang. You do what you want. Jangan kahwin atas pressure orang, inilah kesilapan yang aku buat.”

Ini merupakan kali kedua rumahtangga Zarina berakhir dengan perpisahan. Sebelum ini, pelakon ini pernah bernikah dengan lelaki berasal dari negara Brunei pada tahun 2015. Hubungan perkahwinan mereka berakhir setahun kemudian.

Sepanjang perkahwinan dengan suami pertama, Zarina Anjoulie mempunyai seorang anak lelaki yang kini dah masuk ke usia 5 tahun.

Share this on...