Jangan kedekut dengan isteri, Ebit Lew belanja isteri kereta Audi

3,401 views

Menerusi laman instaram miliknya, pendakwah bebas, ustaz Ebit Lew dilihat telah muatnaik satu video kereta baru.

Video berkenaan menunjukkan ustaz Ebit Lew sedang mencuba kereta mewah berwarna putih yang dikatakan seakan-akan kereta jenama Audi.

Ramai yang mengatakan bahawa Ebit Lew telah memberi hadiah kereta mewah berkenaan khas buat isterinya yang tersayang.

Di caption, Ebit Lew telah menulis bahawa jika seseorang itu belanja kepada isterinya, maka Allah sentiasa akan memberkatinya dan merupakan sedekah paling bagus. Ebit juga amat bersyukur kehadrat illahi kerana memberikannya rezeki yang melinpah ruah. Jom baca sedikit captionya.

“Amat bersyukur kepada pemberi rezeki, terima kasih Allah. Doa yang terbaik. Belanja kepada isteri kita dan juga pada family merupakan sedekah paling besar nilainya. Sebenarnya nafkah adalah wajib. Tetapi, apa yang kita suka, kita kenalah kongsi juga dengan isteri.

“Ada orang boleh pelbagai barang kesukaan, namun begitu jika dengan isteri dan family ada yang susah sangat nak belanja. Sampai ada yang masam muka. Kita kena belanj kerana Allah kepada family. Dengan belanja isteri dan family, Allah akan bagi kita kekayaan dan rezeki yang melimpah.

“Sebelum keluar nak pergi kerja, saya selalu tinggalkan duit kat atas meja dan kadangkala saya bagi saja kad bank kepada isteri. Saya tahu isteri nak belanja, itupun untuk anak dan isi rumah banyak. Janganlah kita rasa kedekut pada isteri dan juga family.

Jelas Ebit Lew lagi, apapun buatlah di atas kemampuan masing-masing. Dan jika ada rezeki kenalah sedekah pada isteri dan keluarga termasuklah ibu bapa dan juga adik beradik.

Semoga nasihat Ebit Lew dijadikan ikutan buat semua. Ebit antaar individu yang amat aktif bersedekah ketika musim perintah kawalan pergerakkan.

Ebit Lew terkenal sebagai seorang penceramah bebas dan mempunyai beberapa perniagaan seperti kedai makan dan juga butik kedai pakaian selain turut menulis buku yang mendapat sambutan.