“Jangan libatkan anak saya” Ryzal Durian Kimchi

1,910 views

Sedang panas tentang isu melibatkan instafamous Durian Kimchi iaitu Ryzal Ibrahim yang menjadi punca rakyat Sarawak melenting terutama kaum Iban.

Mempersenda dan buat lawak tentang pakaian tradisional sesuatu kaum sememangnya tak patut dilakukan langsung.

Semalam Ryzal telahpun buat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang terguris hati terutama kaim Iban di Malaysia ini.

Jelas Ryzal dia hanya bergurau dengan isterinya sahaja ketika itu dan langsung tak persenda budaya kaum lain. Namun Ryzal akur dia memang buat salah dan memohon maaf.

Akan tetapi Ryzal meminta orang ramai jangan melibatkan isteri dan anaknya dalam hal ini. Katanya, janganlah menulis komen yang melibatkan mereka kerana yang salah ialah dirinya saja.

Saya hanya memohon agar sesetengah pihak taklah melibatkan anak dalam kandungan isteri saya, yang langsung tak bersalah dalam isu ini. Saya minta agar tak ada fitnah terhadap anak yang masih dalam kandungan 5 bulan itu yang belum lagi keluar melihat dunia ini. Anak itu merupakan anugerah dari Tuhan buat kami berdua setelah 2 tahun berkahwin.

Isteri saya, Maryam juga tak ada kaitan sebab dia tak faham pun apa yang Ryzal cakapkan dan tak faham apa yang berlaku. Maryam tak faham dan tanya Ryzal. Saya cakap ini salah saya yang terlebih cakap.”  

Saya tahu ramai pihak berang, saya tak salahkan orang ramai, sebabnya ia berpunca dari saya sendiri tetapi saya minta janganlah kaitkan sama isteri dan anak kami. Jika ada mereka yang keterlanjuran cakap bukan-bukan kepada anak kami, saya dah maafkan.”

Memang Ryzal Ibrahim bersalah dalam hal ini namun dia dahpun akui kesilapan dan meminta maaf. Janganlah kita mahu berkata yang kurang elok kepada anak dan isterinya pula.

Share this on...