“Jangan sampai sis buka cerita, tak cukup kain nak tutup muka”

10,498 views

Tindakan pihak Melodi Raya yang memanggil artis yang mempunyai salah faham untuk bertemu, telah membuatkan ramai netizen memetik nama Sheila Rusly dan juga pelakon Janna Nick.

Telah diketahui ramai bahawa hubungan antara Sheila Rusly dan Janna Nick mula retak pada tahun 2019, namun puncanya tidak diketahui dan disimpan oleh kedua belah pihak.

Oleh netizen ada meminta sepatutnya pihak Melodi memanggil kedua selebriti ini untuk berjumpa dan menyelesaikan kisah antara mereka.

Ini antara komen netizen: “Patutnya Melodi panggil Sheila Rusly dan Janna Nick. Barulah nak buang yang keruh ambil yang jernih. Patut takyah panggil Intan.”

Kerana namanya acapkali disebut, Sheila Rusly dilihat kurang senang dengan hal berkenaan. Ini komennya melalui portal Mstar.

Sis geram ni sebenarnya. Sis tak ada pun kacau siapa-siapa. Jadi janganlah nak petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pun memang dah lama pendam berkenaan isu ini.

Janganlah sampai sis buka cerita apa yang berlaku. Nanti tidak cukup kain pula nak tutup muka. Sis jadi marah kerana hal itu semuanya fitnah.

Sheila Rusly turut menjawab dakwaan bahawa hubungannya dengan Janna Nick retak ada kaitan dengan anak lelakinya.

Ini dakwaan dari seorang netizen: “Jika tak silap, Janna dan Sheila tak baik kerana Sheila nak kenen anak dia dengan Janna. Tapi Janna tak nak, tu yang hubungan terus tak baik tu. Pekerja Sheila yang cakap bahawa Janna dah tolak denagn baik tapi mungkin sis Sheila sentap kot.

Sheila Rusly ada menulis reply mengatakan hal ini tak betul: “Siapalah yang tulis ni. Kelakar rabak, nak buka kes ke, jomlah kalau betul berani. Nak kenen dengan anak Sheila Rusly, lambat lagi.

Tentang kes dengan Janna Nick, Sheila memberitahu sekali lagi dia dah pun maafkan Janna, namun ianya bukanlah satu perkara yang senang dilupakan. “Sudah dimaafkan. Tapi tak semudah itu untuk melupakan.

Sheila juga mendedahkan bahawa Janna Nick tak ada hubunginya sejak mengakui dirinya menghidapi masalah bipolar.

Ini kata Sheila tentang hal ini: “Nak call saya, mana dia berani. Cukup sampai sini sajalah.