“Kahwin dgn biawak hidup buat ape” Fara Mendoza, ini respon Zarina Anjoulie

2,052 views

Fara Mendoza nama yang sedang popular ketika ini. Sebelum ini Fara Mendoa ada hadir ke SPRM untuk beri keterangan namun semuanya dah selesai. Fara berkata dia hanya hadir untuk beri kerjasama kepada pihak SPRM sahaja.

Semalam, agak hangat di laman media sosial antara Fara Mendoza dan juga Zarina Anjoulie. Kedua-dua mereka ini ada berbalas kenyataan.

Fara Mendoza telah membuat satu live yang mana dia ada menerima beberapa mesej dari netizen mengatakan Zarina ada cakap sesuatu di belakangnya.

Dari video itu, Zarina Anjoulie ada persoalkan tak ada orang nak kahwin dengan dia, dan di mana rumah dan juga jam Rolex milik Fara Mendoza. Lepas itu Zarina ada menyanyi mengatakan “kau tak kerja mana datangnya duit itu”.

Ini pula respon dari Fara Mendoza melalui satu video yang berdurasi lebih kurang satu jam.

Kenapa bila buat live kena asyik nak sibuk, cakap tentang diri saya? Mengapa cakap tentang jam rolex saya, gelang, rantai, dah kenapa? Hati tak tenang ke, kesian”.

Saya tak nak layan dia, tapi pelik, cakap saya tak kerja. Aku dah pun beli rumah, tetapi dia cakap aku tak kerja pulak, macam kelakar pula“.

Nak bangga dah kahwin, aku tak kisahlah. Kamu masa kahwin pun tak ada sape yang datang, pondn je datang. Sedar lah diri tu. Kawan pun tak ada”.

Kahwin dgn kau tu pun penganggur, biawk hidup. Sekarang kau bela biawk hidup, itu pun kau nak bangga. Kalau aku bela biawk dah lama aku kahwin sebab aku ada duit”.

Ini video dari Fara Mendoza. Boleh tengok sendiri.

Sementara itu, Zarina ada memberi respon tentang pekerjaan suaminya. Ada satu gambar menunjukkan suaminya sedang berniaga. Kata Zarina, dia tak kisah jika ada orang nak perlekeh suaminya cari rezeki seperti itu.

Kalau orang mahu gelak suami aku berniaga macam gini tidak mengapalah. Kalau pakai BMW kena panjat pagar tak guna juga, proud wife”.

Kisah antara Zarina Anjoulie dan Fara Mendoza ini mendapat perhatian para netizen di luar sana. Sebelum ini kes antara mereka pernah juga naik mahkamah.

Share this on...