Kak Ogy akui tak ada duit bayar tunggakan, loan tak lulus

2,684 views

Ini satu berita yang baru diketahui apabila penulis skrip untuk teater komedi Korupsi Dewan Semandung, iaitu Aloy Paradoks membuat satu kenyataan bahawa dia masih tak dapat baki tunggakan bayaran daripada penerbit teater berkenaan iaitu Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Kak Ogy.

Aloy buat satu kenyataan di laman Facebook, menunjukan bahawa Kak Ogy masih lagi gagal nak bayar duitnya walaupun teater berkenaan dah selesai dipentaskan pada awal bulan Mac yang lepas sebelum perintah kawalan pergerakkan.

Penulis skrip itu telah share perbualan Whatsapp dengan penerbit berkenaan dan antara alasannya adalah tak cukup wang dan loan tak lepas untuk bayar.

Setelah isu ini dibangkitkan serta jadi bualan, akhirnya Kak ogy tampil beri statement tentang hal ini. Kak Ogy akui tentang hal itu dan kini sedang usaha untuk settle kan semua masalah berkenaan. Kak Ogy menyatakan lagi, dia dah bayar lebih kurang 30 peratus jumlah kepada penulis skrip teater berkenaan iaitu Aloy dan juga Rayza Mukmin.

“Tentang isu ini, saya akui masih tidak jelaskan bayaran semua orang sebab telah terima ujian melalui beberapa hal kebelakangan ini termasuklah dengan hadirnya kes corona virus yang melanda negara dan dunia.

“Sebagai penerbit, saya kini giat usaha nak selesaikan semua bayaran yang tertunggak, namun kini semua usaha itu belum sebelahi diri saya”

“Saya tidak dapat nak halang serta takde hak nak tutup mulut sesiapa, apa yg boleh saya cakap, sekarang saya tgh berusaha nak settle kes ini.

“Kena beritahu, bukan tak bayar langsung. Saya dah bayar 30 peratus dan baki masih belum dijelaskan kerana masalah yang timbul.

“Saya juga tidak pernah anggap mereka semua bagai peminta sedekah sebab bila cakap pasal hutang ianya wajib dibayar, saya sedar hal berkenaan.

“Percayalah saya memang sedang berusaha dan tak putus asa cari sumber kewangan untuk selesaikan isu bayaran ini.

Di imbas kembali teater berjudul Korupsi Dewan Semandung yang diterbitkan oleh Ogy Ventures and Network itu  telah dipentaskan di Istana Budaya pada tarikh 28 Februari sampai 1 Mac lepas.

Teater berkenaan diarahkan oleh Khir Rahman dan dilakonkan oleh Tauke Jambu, Man Raja Lawak, Joey, Vicha, Mark Adam, Chiwan, Tapai, Sharif Zero, Syura serta penampilan khas Dr Maza.

Sebelum ini, arwah Abam sepatutnya menjadi pelakon utama untuk teater berkenaan.

Share this on...