Kalau gatal, jangan guna alasan jumpa depan Kaabah – Prof Dr Ridhuan Tee

3,826 views

Satu negara bercerita tentang kes ini yang jadi viral sekitar beberapa minggu lalu. Ianya tentang kes pendakwah yang juga peserta rancangan reality TV iaitu Dai Farhan yang mana dia telah berkahwin dua dan kemudian telah berpisah dengan isteri pertamanya. Kalau dah isu kahwin dua ni memang rakyat negara ni kecoh sikit apatah lagi isteri pertama akhirnya bergelar ibu tunggal.

Dalam banyak-banyak kes macam ni memang jarang ada pendakwah lain yang tampil menegur secara direct, akan tetapi akhirnya seorang pendakwah yang disegani ramai tampil memberi pandangannya dan terus menegur tindakan para pendakwah baru ini. Individu berkenaan ialah seorang mualaf, Prof Dr Ridhuan Tee.

Antara isi kandungannya, Ridhuan Tee dilihat menegur pendakwah muda ini agar menjaga tatatertib dan jangan sesasikan kehidupan mereka. Pendek kata jagalah perangan dan sikap masing-masing kerana nama mereka yang membawa gelaran dai atau pendakwah selebriti.

Dalam pada itu, memetik tentang peristiwa kononnya ada dai yang menemui cinta dan isteri di depan kaabah, Ridhuan Tee menjelaskan janganlah guna alasan seperti itu jika nak berkahwin lain. Dan sebenarnya taka da masalah untuk kahwin dua akan tetapi hendaklah lakukannya dengan cara yang betul.

Ini teguran padu dari Ridhuan Tee. Yang pertama, tunjukkan imej yang baik kepada orang ramai kerana mereka ni bagaikan membawa imej agam Islam itu sendiri.

Yang keduanya, Ridhuan Tee menekankan bahawa janganlah terlalu nak sangat kahwin banyak. Dan kalau mahupun, buat dengan betul, jangan ada kontroversi tentang hal seperti ini.

Ketiga pula, jangan hebohkan tentang hal perpisahan dengan isteri pertama. Kemudian yang keempat, Ridhuan Tee mengingatkan bahawa reality TV bukan tempat untuk raih popularity tetapi ianya adalah satu amanah.

Yang kelima, Ridhuan Tee mengatakan, kalah nak jadi pendakwah, sila tuntut ilmu. Akhir sekali Ridhuan Tee mengharapkan para dai dan pendakwah muda ini janngalah terus buat isu dan kisah panas seperti ini, minta dihentikan.

Ini komen penuh dari Prof Ridhuan Tee. Sila baca.

Memang tepat sekali kata-kata dan nasihat dari Ridhuan Tee ini. Diharapkan semua dai dan pendakwah muda ambil kata-kata ni dan silalah jadi pendakwah yang disegani serta dihormati.

Share this on...