Kalau ikut suara sedap, minggu pertama Noraniza Idris dah keluar, jelas Tok Ram

20,030 views

Rancangan Gegar Vaganza untuk music baru, musim ke tujuh ini menerima pelbagai komen terutama berkenaan salah seorang pesertanya.

Peserta berkenaan tak lain tak bukan ialah Noraniza Idris yang lebih mesra disapa dengan nama Kak Ani.

Memegang status legend dek kerana kehebatannya dalam bidang nyanyian irama Malaysia, Noraniza Idris gagal memenangi hati para peminat yang baru.

Begitu banyak luahan rasa yang dibuat oleh para penonton dan netizen di laman media sosial, yang hairan dan pelik melihat kedudukan Noraniza Idris sering mendapat tempat teratas walhal suaranya dikatakan taklah sesedap mana.

Antara yang sering jadi tumpuan ialah para juri, yang menilai para peserta. Akhirnya juri tetap, Datuk Ramli MS atau Tok Ram tampil memebri penjelasan kenapa Noraniza Idris selalu berada di tangga teratas konsert mingguan Gegar Vaganza.

Jelas Tok Ram, Noraniza Idris jarang buat kesalahan ketika menyanyi lagu dan penyanyi lagu Awallah Dondang ni selalunya mempunyai markah tinggi keraan tiada yang perlu dipotong.

Namun Tok Ram akui jika ini merupakan pertandingan nyanyian untuk suara yang sedap didengari, sudah pasti Noraniza Idris tak berada di tempat teratas.

“Noraniza Idris selalunya buat kesilapan yang sangat minimal. Korang semua kenalah faham. 100 markah sebelum menyanyi telah diberi, kalau yang terkeluar dipotong markah sampai 70, tinggal 30 saja”.

“Apabila buat kesilapan yang minimal, secara automatik kedudukan dia akan di atas. Kalau ini pertandingan siapa suara sedap, minggu pertama lagi dia dah keluar”.

Tok Ram dan juri sering menerima komen dari netizen yang kurang berpuashati dengan permarkahan para peserta untuk musim kali ini.

Antara yang pernah bersuara ialah Michael Ang yang terkejut dengan kedudukan Noraniza Idris ketika itu berjaya menduduki top three.

Share this on...