Kata-kata Zizan beri pesan kepada Mira Filzah dan bakal suami

3,823 views

Ramai yang dah tahu bahawa selebriti popular tanah air, Mira Filzah tak lama saja lagi akan akhiri zaman bujangnya. Pelakon dan pengacara ini akan bernikah dengan bakal suaminya bernama Wan Emir Astar anak kepada seorang ahli parlimen Malaysia.

Wan Emir dikatakan sudahpun datang merisik Mira dan ibunya, Datin Mastura Mohd Yazid iaitu timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri telahpun mengesahkan hal berkenaan.

Menjelang hari bahagia yang bakal tiba, nama Zizan Razak turut terkesan sama. Maklumlah, sebelum ini nama pelakon ini pernah dikaitkan dengan Mira Filzah. Ada ura-ura mengatakan mereka ni pernah menjalin hubungan namun tidaklah pernah dinayatakan secara rasmi oleh kedua belah pihak.

Menerusi satu temubual, ada yang bertanya apa komen Zizan kepada Mira Filzah dan pasangannya. Zizan tampil memberi respon yang baik dengan mengahrapkan segalanya dipermudahkan buat Mira dan bakal suaminya.

Zizan sempat juga memberi sedikit pesanan kepada Mira dan Emir yang akan bernikah tak lama sahaj alagi.

“Khas buat bakal pengantin, puan Mira Filzah, saya Zizan Razak nak ucapkan selamat pengantin baru dan saya ambil kesempatan ini untuk doakan yang terbaik buat Mira dan bakal suaminya, Wan Emir.

“Saya berdoa agar hubungan mereka kekal sampai jannah. Semoga mereka akan dapat anak yang baik, dan mempunyai family yang baik serta hidup dalam keadaan yang serba harmoni. Apapun jangan lupa doa untuk saya juga”.

Dalam pada itu, Zizan berkata no problem untuknya hadir ke majlis perkahwinan Mira dan Wan Emir sekiranya dia ada menerima jemputan.

“Haruslah saya akan datang ke majlis mereka kalau saya diundang, majlis ni ni kita harus raikan secara meriah”

Itulah kenyataan Zizan Razak tentang cerita perkahwinan Mira Filzah dan Wan Emir yang dijangka akan menjadi wedding of the year untuk tahun 2020 ini. Sama-sama kita tunggu majlis mereka berdua ini.