Kau jangan buang masa aku, Misha Omar dedah dihalau Ajai

53,052 views

Ajai memang diketahui antara individu yang amat garang dan lantang beri pendapat kepada penyanyi, apatah lagi ketika menjadi juri. Misha Omar rupanya antara yang pernah terkena dengan komen pedas dari Ajai.

Dedah Misha Omar, ketika itu dia kena lagi teruk berbanding dengan ketika Ajai beri komen semasa jadi juri program Big Stage.

Kejadian di sergah oleh Ajai berlaku ketika Misha Omar nak rakam beberapa buah lagu dengannya.

Ajai ketika itu merupakan seorang composer dan pemilik syarikat rakaman.

“Saya dah banyak kali rakam lagu dengan abang Ajai. Kalau ikutkan apa yang dia komen sepanjang berlangsungnya Big Stage ni, saya pernah kena lagi dahsyat daripada itu.

“Antara lagu saya rakam dengan Ajai alah lagu Pulangkan. Dia pernah kata macam ni kau jangan nak buang masa aku Misha. Kau datang, kalau aku kena tunggu kau untuk satu note ni tak betul, baik kau balik dulu lah. Itu ayat yang dia cakap kat saya”.

“Masa kejadian itu saya pun macam nak berair air mata. Dalam otak saya masa itu, saya ada langkah kiri ke masa datang tadi”.

“Namun, berbanding tempohnya bersama peserta Big Stage ni nampak macam dia masih lagi ada berlembut”.

Itulah pengalaman yang dikongsikan oleh Misha Omar ketika bekerjasama dengan Ajai yang juga seorang composer terkenal tanah air. Penyanyi power macam Misha pun kena bambu juga dengan Ajai.

Kepada semua peserta rancangan reality, Misha beri nasihat agar kena sentiasa adaptasi keadaan and jangan asyik sangat dibuai perasaan.

“Contoh kalau tengah kecewa, ada yang perlu masa lama untuk pulih kembali normal. Memang tidak bagus macam gitu. Sebagai penggiat seni, kita kena kalis dan cepat move on.

Misha Omar menjadi juri jemputan dalam episode final Big Stage musim ini. Juri tetapnya ialah Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir. Pemenang Big Stage kali ini ialah Azzam Sham dan naib juaranya Usop.