Kecoh, Datin Shahida dikatakan fail cerai terhadap Aliff Syukri?

4,022 views

Hari ini, satu berita yang agak mengejutkan mula jadi buah mulut orang ramai apabila dikatakan perkahwinan jutawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri sedang bergolak. Malahan melalui laporan portal harian metro dan juga Rotikaya, dah ada dakwaan mengatakan isteri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Nur Shahida telah menfailkan perceraian di sebuah mahkamah.

Pihak wartawan dikatakan telah menghubungi Dati Shahida untuk bertanya tentang hal ini akan tetapi beliau tak mahu memberikan sebarang komen yang ada kaitan dengan status rumah tangganya itu dan dengan rendah hati memohon maaf kerana tak dapat komen lanjut.

“Hal tentang perkahwinan, saya tidak mahu beri sebarang komen ye. Harap maaf ye” Itulah ungkapan dari Datin Shahida tentang hal ini.

Sementara itu, pihak wartawan telah bertanya sama ada semua anak-anak berada dengannya di saat ini, dan Datin Shahida telah menjawab ‘ya’, menjawab persoalan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp nya.

Datuk Seri Aliff Syukri juga berjaya dihubungi dan telah ditanya tentang kisah yang sedang tular di laman media social ini dan seperti isterinya, Aliff Syukri enggan memberi sebarang kenyataan jika berkaitan dengan perkahwinannya. “No komen” Itu komennya dengan ringkas.

Diimbas kembali, pada minggu lepas heboh tentang perkahwinan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida apabila apabila mereka berdua sudah pun unfollow dan tak ikuti laman Instagram masing-masing.

Ini sekaligus, menimbulkan banyak persoalan kepada para netizen dan juga pengikut Aliff Syukri.

Sebelum ini, Aliff Syukri mengatakan hubungan mereka baik-baik sahaja ketika ditemui di majlis pelancaran lagu terbarnua berjudul Coba Bahagia. Lagu berkenaan dikatakan bukan untuk isterinya mahupun keluarganya. Coba bahagia kini sedang trending di laman media social, namun ianya mendapat lebih banyak dislike berbanding like walaupun sudah ditonton hampir 1.4 juta views.

Share this on...