Kehilangan Shuib dalam kumpulan Sepahtu akhirnya terjawab

18,496 views

Shuib amat sinonim dengan nama Sepah atau Sepahtu. Bersama kumpulan ini, nama Shuib kini boleh dikatakan antara pelawak yang disegani ramai.

Berjaya memenangi pertandingan Raja Lawak dan juga Maharaja Lawak, ianya telah mengubah kehidupan Shuib.

Selain melawak, Shuib juga telah berlakon, menjadi penyampai radio dan amat berjaya dalam bidang perniagaannya.

Semalam, Shuib akhirnya terpaksa melepaskan kerjayanya sebagai penyampai radio setelah mengumumkan akan berhenti dari deejay Hot Fm.

Kini Shuib buat satu lagi pengumuman yang agak mengejutkan apabila Shuib mengesahkan akan berehat dari Sepahtu.

Oleh kerana itu, tidak lagi kelihatan Shuib dalam rancangan Sepahtu Reunion sejak akhir-akhir ini. Wataknya di Sepahtu Reunion telah diberi kepada Man Raja Lawak.

Menjawab kehilangannya itu, Shuib berkata, dia nak fokus kepada perniagaannya yang dilihat telah berkembang dengan amat pesat.

Saya kini dah buat keputusan untuk rehat buat seketika dari dunia hiburan. Yes betul, ini termasuklah penglibatan saya dengan kumpulan Sepahtu sekali, saya akan rehat.

Keputusan yang saya buat ini tak ada kaitan dengan isu-isu yang viral melibatkan saya sejak kebelakangan ini.

Keputusan Shuib itu ternyata membuatkan peminatnya bersedih hati. Namun katanya dia memang susah mahu bahagi masa dan terlalu busy dengan kerja sehingga sukar untuk fokus dalam business.

“Sukar untuk saya lepaskan kerja dalam industry seni tapi ia agak susah untuk saya fokus pada bisnes pula. Ini kerana untuk kerja sebagai penyampai segmen pagi, saya kena bangun seawal 4 pagi. Kadangkala saya masih ada di stesen radio sehingga petang.”

“Bila je saya announce nak berhenti, baru saya tahu bahawa sebenarnyaramai juga yang suka dengar coloteh saya di radio ni.”

Shuib kini akan fokus dengan perniagaan air bobba madunya iaitu Bubble Bee. Outlet ini semakin berkembang dan boleh didapati di banyak negeri.

Share this on...