Kekasih angkat Sharifah Sakinah dalam pool, dah kahwin ke, Kinah letak emoji cincin

7,117 views

Pelakon dan pengacara sensasi Sharifah Sakinah telahpun habis edah setelah berpisah dengan suaminya seorang juruterbang bernama Aliff Adha pada awal tahun ini.

Setelah kembali solo, kini ramai pun dah tahu bahawa Sharifah Sakinah sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka berasal dari negara Sweden iaitu Michael Hansen.

Kali ini ada satu lagi perkembangan terbaru tentang hubugan di antara mereka berdua ini.

Melalui satu perkongsian di laman Instagram, Michael Hansen ada upload gambar bersama Sarifah Sakinah di dalam kolam renang.

Maka banyaklah komen yang ditulis, terutama ada menegur mereka berdua agar menjalinkan hubungan yang sah sebagai suami isteri kerena kemesraan yang ditonjolkan.

Kemudian, melihat komen berkenaan, Sharifah Sakinah mengatakan dia ‘sudah pun atau already’, dan kemudian memberi emoji gambar cincin, menandakan mereka umpama dah ada ikatan.

Namun tidak diketahui apakah ikatan dengan emoji cincin yang ditulis oleh pelakon berkenaan. Ini sekaligus menyebabkan rata-rata netizen membuat anggapan sendiri.

Ada juga yang bersangka baik, mengandaikan bahawa Michael Hansen dan Sharifah Sakinah ini telah pun bernikah cuma tidak menhebahkannya sahaja.

Kemudian, kakak kepada Sharifah Sakinah turut ada menulis, bertanaya mereka, adakah ini gambar pre wedding.

Jom tengok antara komen yang ditulis oleh orang ramai di gambar Michael Hansen itu.

Melihat laman media Instagram milik Sharifah Sakinah, pelakon ini sedang berada di hotel W Kuala Lumpur, di sebuah hotel mewah yang terletak di sebelah menara berkembar Petronas.

Sharifah Sakinah mengatakan dia sedang menikmati penginapannya di situ: “Having the most amazing staycation at one of the absolute top hotels in KL”.

Sehingga kini, tiada pun kenyataan rasmi dari Sharifah Sakinah tentang isu ini. Ramai yang tertunggu juga apakah yang dimaksudkan dengan symbol cincin itu.