Kekasih duduk atas riba Janna Nick, netizen kata tak perlu upload

1,702 views

Pelakon popular tanah air iaitu Janna Nick kini diketahui sedang jalin hubungan dengan Dini Azan Schatzmann, seorang pelakon berdarah kacukkan yang sedang meningkat naik namanya.

Mereka berdua sudah pun berlakon bersama baru-baru ini menerusi drama berjudul Marry Me Senorita.

Sempena berakhirnya drama berkenaan, Janna Nick ada upload beberapa gambar sepanjang penggambaran drama bersiri berkenaan.

Namun ada satu gambar yang dilihat kurang sesuai di upload oleh pelakon ini. Gambar berkenaan menunjukkan Janna Nick yang sedang memangku Dini Schatzmann.

Ramai netizen yang kurang setuju melihat Dini duduk di atas Janna kerana dilihat tidak manis kerana mereka belum ada hubungan sah. Apatah lagi Janna Nick membawa imej bertudung di dalam drama berkenaan.

Banyak komen menyatakan agar Janna Nick patut lebih peka berkenaan hal ini.

“Sis Janna Nick sila jaga batas perempuan,” tulis seorang follower nya di ruangan komen.

“Tak perlulah nak ikut dengan budaya Barat tu,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

“Gambar ketiga tu (merujuk foto Dini duduk atas Janna) tak perlu kot nak post, tak elok orang tengok. Macam dah hilang rasa malu,” ini pula teguran dari netizen kepada Janna.

Ini gambar dan juga antara komen-komen dari follower Janna Nick.

Sebenarnya ini bukan kali pertama isu melibatkan Janna Nick ini diperkatakan oleh para netizen. Memang dah banyak kali isu tentang pakaian dan juga kelakuan Janna Nick membuatkan netizen menegurnya.

Sebelum ini pun Janna Nick pernah keluarkan satu video mengatakan untuk tahun baru ini dia sudah tak mahu bertelingkah dengan netizen lagi.

Untuk pengetahuan, Janna Nick dan Dini Schatzmann sudah mula rapat sejak tahun 2019 apabila terlibat dalam drama berjudul Bukan Cinta Aku.

Share this on...