Kembali bekerja, Zahirah Macwilson dipuji bawa baby ke tempat kerja

1,129 views

Pasangan suami isteri Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson kini sedang bahagia dengan kehadiran anak sulung mereka diberi nama Isaac Raees.

Setelah lama berehat panjang melahirkan baby pertamanya di Australia, Zahirah Macwilson telah pulang ke tanah air untuk bekerja.

Sebagai ibu kepada anak kecil, Zahirah Macwilson dilihat sentiasa membawa anaknya walaupun keluar bekerja.

Ada beberapa perkongsian gambar menunjukkan Zahirah Macwilson sedang disolek sebelum jalani penggambaran, dan disisinya ada anak kecilnya itu, Isaac raees.

Zahirah ada memeluk Isaac Raees dan memerhatinya walaupun ketika sedang menerima solekan dari make-up artist.

Pelakon ini menerima pujian dari netizen berkenaan soal ini, kerana kebanyakkan ibu akan meninggalkan baby. “Ini contoh ibu yang amat sayang dengan baby, pergi mana pun tak tinggal.”

Menjawah komen berkenaan, Zahirah memberitahu dia sebenarnya beruntung kerana boleh bawa anak ke tempat kerja kerana diberi kebenaran.

Syukur sangat, saya amat beruntung kerana boleh bawa baby saya ke tempat kerja namun begitu tak semua ibu di luar sana dapat kesempatan macam ini.”

Jika kena tinggalkan baby untuk kerja, tak bermakna kita tak sayang baby kita tu. Sesetengah ibu memang tidak diberi pilihan dah dan kena berkorban untuk cari rezeki.”

Oleh itu, sentiasa lah beri penghargaan dan support terhadap ibu-ibu yang bekerja di atas masa dan pengorbanan mereka tu.”

Sementara itu, sejak telah bergelar sebagai seorang ibu, barulah Zahirah lebih mengerti tentang perngorbanan besar yang dibuat oleh insan bernama ibu.

Menjadi seorang ibu membuatkan kesedaran timbul tentang sungguh besar pengorbanan yang dilakukan ibu kita, bukan sahaja tentag kerja tetapi berkenaan fizikal dan emosi mereka. Jom peluk ibu masing-masing.”

Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kedua-duanya baru pulang ke Malaysia setelah berada di Autralia beberapa bulan. Pasangan ini memilih Australia sebagai destinasi kelahiran anaknya kerana family Zahirah tinggal di negara berkenaan. Baby Isaac Raees selamat lahir pada bulan Januari tahun 2021.

Share this on...