Categories: Viral

Kena banding dengan Neelofa, Ameera Khan akui sakit hati

Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan merupakan instafamous yang popular melalui kakaknya Neelofa.

Sentiasa dibayangi kakaknya, Ameera Khan akui adakalanya dia akan mula terasa dengan komen dari netizen terutama yang membandingkan dirinya dengan Neelofa.

Apatah lagi kini, Neelofa telahpun berhijrah kearah yang lebih baik dengan memakai niqab, berbeza dengan penampilan Ameera Khan.

Ini jawapan dari adik Neelofa ini apabila terbaca komen-komen sedemikian.

“Tipulah jika saya cakap ia tak beri sebarang kesan pada saya sebab memang ia ada ketikanya menyakitkan saya.”

“Cumanya, saya pandai untuk sembunyikan apa yang saya rasakan semasa membaca komen tentang apa yang mereka cakap tentang diri saya.”

“Terutamanya apabila ada yang mula bandingkan saya dengan kakak. Secara jujur hal seperti ini memang menyakitkan, namun saya faham sebab saya ada di sini pun kerana mereka.”

 “Saya dan Neelofa beza umur lebih 11 tahun. Saya masih lagi muda, usia baru cecah usia 20 tahun. Perjalanan hidup saya masih jauh.”

“Apa yang saya tunjuk kat socmed, hanya dua peratus sahaja hidup saya. Bukan seratus peratus kisah hidup saya.”

“Tidak mengapa, saya tahu mereka bukannya tahu. Ini merupakan jalan yang saya pilih dan saya kenalah hadap. Saya okay saja walaupun kadangkala ianya menyakitkan.”

Ameera Khan menjadi tumpuan beberapa hari kebelakangan ini setelah tampil dengan rambut blonde ala Marilyn Monroe.

Ianya adalah untuk penggambaran, yang mana Ameera Khan mempromosikan produk Young and Glow, The Darling Palette.

Ameera Khan juga kini dalam perancangan untuk melancarkan produk jenama pakaian tersendiri. Selain itu adik kepada Neelofa ini turut ingin melancarkan produk makanan coklat tak lama lagi. Memang pandai berniaga, bagus Ameera, good luck.

Recent Posts

“Terjadi sesuatu membelenggu maka tiada restu” Luahan ibu Hannah Delisha

Sebelum ini ramai yang terkejut dengan berita pernikahan pelakon jelita dari negara jiran iaitu Hannah Delisha dengan Imam Shah. Rupanya…

2 hours ago

Nama resipi “isteri disumbat dalam tong”, ini respon dari Maria Tunku Sabri

Bekas pengacara rancangan jalan-jalan cari makan, Maria Tunku Sabri jadi perhatian warganet ekoran satu nama menu yang diberikan olehnya ketika…

7 hours ago

“Bukan Aizat” Zahirah Macwilson ajar sebut nama anaknya dengan betul

Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini telah pun secara terbuka tayang wajah anaknya baru-baru ini di usia anaknya dua…

7 hours ago

“Orang tak mampu memanglah cakap no class” Isu Dato Seri Vida pakai cincin emas besar

Ada satu video di Instagram yang diupload oleh jutawan terkenal Dato Seri Vida yang jelas menunjukkan cincin emas yang amat…

22 hours ago

Serunding Saharul Ridzwan sampai berulat, tak laku terus

Asam garam kalau berniaga, kadangkala untung banyak tetapi boleh juga jatuh dan alami kegagalan. Itulah pahit manis jika berniaga. Pelakon…

24 hours ago

Mak ayah tak ajar ke, terdedah kalah orangkapir, Azhar Sulaiman akhirnya respon

Pelakon Azhar Sulaiman diketahui mempunyai seorang anak gadis yang amat popular di laman media sosial bernama Kasih Iris Leona. Leona…

1 day ago

This website uses cookies.