Ini kenyataan Adira tentang apa yang berlaku

3,519 views

Hari ini, Malaysia dikejutkan dengan berita penyanyi Adira minta cerrai dari suaminya iaitu Dato red. Penyanyi berumur 28 tahun ini telahpun bertekad untuk teruskan permohonan cerrai dari suaminya yang berumur 40 tahun itu.

Jelas Adira, dia sebenarnya dah failkan perceraian itu pada bulan April yg lepas tetapi hari ini barulah dia nekad untuk teruskan proses percerraian berkenaan.

“Jika Allah kata jodoh kami masih pjg, maka sy akan terima dgn hati yg ikhlas, akan tetapi kalau Allah kata jodoh kami tidak pjg, sy juga akan terima dgn hati terbuka”

Adira memberitahu media ketika dah selesai prosiding pelantikan Hakam pegawai mahkamah bagi permohonan cerrai nya dari suami di Mahkamah.

 “Sy dah failkan agak lama tapi terpaksa tangguh sebab mengandung dan tunggu kelahiran anak ketiga sy. Hari ini sy dah tekad teruskan jg meskipun sepanjang proses bersama, mmg kami sdg cuba utk berbaik semula. Saya teruskan sebab mengambil kira apa yang terbaik untuk diri saya dan anak”

Menurutnya, dia tidak dapat mengulas lanjut apabila suaminya ingin berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka memandangkan sebutan kes terbabit bakal berlangsung pada Disember depan.

“Sy tidak tau nk rs apa skrang ni, maybe dia ada perasaan salah dlm diri skrang. Kalau ada Alhamdulillah tapi bg sy sendiri pun tak tahu apa yang akan berlaku jika kami berbaik semula.

“Apa yg penting skrang ialah utk pegang pendirian sy yg tetap nak teruskan percerraian. Jika dia mahu usaha lebih, sy tidak tahu nak jawab”

Kes Adira dan Dato Red ni akan disebut semula pada bulan Disember nanti.

Diimbas kembali, hari ini, sekitar jam pagi, banyak pihak wartawan dan wakil media yang dapat tahu kes ini dan telah hadir ke mahkamah untuk ikuti prosiding berkenaan, akan tetapi telah dimaklumkan bahawa Adira tanguhkannya pada jam 3 petang sebab Adira tak sangka kes itu diketahui umum.

Sepanjang perkahwinan sejak tahun 2015, Adira dan Dato Red telah dikurniakan tiga orang anak, dan yang paling bongsu baru saja dilahirkan dua bulan lepas.

Share this on...