Categories: Hiburan

Kenyataan penuh Mimi Lana, minta break dengan Syafiq Kyle

Pelakon utama filem Pusaka, Mimi Lana dan Shafiq Kyle telah menjalin hubungan istimewa selama 5 tahun. Namun semua terlerai juga pada tahun ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Mimi Lana yang mana dia telah pun berpisah dengan Syafiq Kyle pada bulan lalu.

Mimi Lana tidak mendedahkan apa puncanya namun berkata mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah selepas sudah tak ada lagi persefahaman antara mereka.

Ini kenyataan rasmi yang dibuat oleh Mimi Lana melalui portal Berita Harian malam tadi.

“Yang saya boleh cakap antara kami berdua, kini dah takde persefahaman lagi. Untuk penjelasan, hal ni tak ada kaitan dengan isu populariti dan bukan juga disebabkan orang ketiga.

“Di saat ini,hubungan kami masih baik dan kami berdua tak pernah ada masam muka, akan tetapi anggap saje bahawa hubungan antara kami tidak berpanjangan, tak ada jodoh”

Tambah pelakon berumur 25 tahun ini lagi, Mimi akui dialah yang minta putus dengan Shafiq Kyle. Walapun begitu, Mimi tetap sedih setelah terlerainya ikatan cinta dengan Shafiq Kyle. Apatah lagi sudah 5 tahun rapat.

“Memang tipulah kalau nak cakap saya tidak sedih lepas break ni. Dah lima tahun kami berdua jalinkan hubungan, memang banyak sangat momen dan ingatan indah yang kami cipta bersama-sama. Tapi nak buat macam mana, saya reda dengan apa yang berlaku ni. Hidup kenalah diteruskan juga.

“Ketika ini, saya hanya akan fokus untuk majuk diri dalam bidang seni. Tentang cinta, saya akan tolak tepi dulu. Bila hidup solo ni, lebih mudah untuk saya rancang kerjaya seni saya lepas ni”

Dalam pada itu, walaupun sudah berpisah, Mimi Lana tak menolak jika ada offer untuk berlakon dengan Shafiq Kyle selepas ini.

Kali terakhir Mimi Lana muat naik gambar Shafiq Kyle adalah berkenaan sambunagn sekual untuk filem Pusaka pada bulan lalu namun ianya kini telah dipadam.

Recent Posts

Kembali bekerja, Zahirah Macwilson dipuji bawa baby ke tempat kerja

Pasangan suami isteri Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson kini sedang bahagia dengan kehadiran anak sulung mereka diberi nama Isaac…

9 hours ago

TERKINI: Janna Nick disahkan hidap Bipolar Disorder

Janna Nick telah buat satu pendedahan dan juga pengumuman yang agak mengejutkan ramai pada hari ini, 22 April 2021. Pelakon,…

1 day ago

Ibu Shuib pula kena alahan ketika Siti Sarah hamil

Shuib dan isteri, Siti Sarah bakal menerima cahaya mata baru apabila Sarah kini sah sedang berbadan dua. Memang sudah jadi…

1 day ago

Netizen pertikai baju terdedah Nadira Isaac ketika minta maaf pada Pu Amin

Nama Nadira Isaac kini menjadi sebutan ramai. Ini gara-gara kisahnya upload gambar pendakwah dan penceramah bebas iaitu Pu Amin di…

1 day ago

Tiada lagi telatah gila-gila Nabil di pentas GV? Jihan buka cerita

Kalau sebut saja rancangan nyanyian Gegar Vaganza, sudah tentu kita semua dah biasa melihat telatah Nabil Ahmad dan Jihan Muse…

1 day ago

Shuk didakwa sengaja tiru perniagaan air Shuib

Sejak kisah bermain kayu tiga viral, Shuk Sahar menerima dugaan apabila digugurkan sebagai penyampai radio. Kontraknya telah ditamatkan sebagai deejay…

2 days ago

This website uses cookies.