Kenyataan rasmi Da’i Syed, hadir ke balai polis petang semalam

3,718 views

Seorang pendakwah muda iaitu Dai Syed jadi tumpuan orang ramai setelah tersebarnya satu kisah yang mana dia ada buat sesuatu yang agak mengejutkan. Tuduhan itu agak berat yang mana Dai berkenaan dikatakan telah merosakkan kesucian seorang gadis.

Ekoran tuduhan berkenaan, Dai Syed telah pergi buat satu report polis terhadap seorang individu berkenaan.

Dai Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal telah hadir ke balai polis Mutiara Damansara sekitar jam 5 petang, pada hari Selasa.

Pemuda yang baru berumur 25 tahun ini menyatakan dakwaan berat yang disebarkan oleh individu menggunakan nama @ainunnnajwa itu telah jejaskan reputasinya sebagai seorang pendakwah. Jelasnya ini satu dugaan buat dirinya dalam usahanya mahu menyebarkan agama.

“Dakwaan berkenaan amat berat dan ianya telah menjatuhkan maruah dan juga reputasi saya. Saya terlalu terkejut dengan dakwaan demikian, ianya perkara terburuk yang pernah saya kena selama jadi seorang pendakwah”.

“Saya amik serius tentang perkara ini dan harapnya polis akan dapat buat siasatan lanjut sebab tuduhan yang dibuat itu merosakkan nama baik saya”.

“Harapnya kes ini akan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin sebab maruah saya dan family telah tercalar”.

“Hal ini, bagi saya, adalah satu dugaan dalam saya menjalankan tanggungjawab untuk menyalurkan mesej Islam”.

Semalam, seorang pengguna laman media mendedahkan bahawa rakannya, seorang gadis yang naif, telah dibawa pulang ke rumah oleh Dai Syed dan didakwa Dai Syed ada buat sesuatu kepadanya.

Malahan individu berkenaan turut membuat pendedahan bahawa bukan seorang sahaja, malah Dai Syed pernah buat perkara yang sama kepada beberapa gadis lain.

Dai Syed merupakan salah seorang peserta program Da’i, rancangan reality keagamaan di TV3.