Categories: Viral

Kes lama pada isteri, seleweng wang, ini penjelasan Asri Janggut

Owner kepada perniagaan Hot Burger Malaysia, iaitu encik Asri Janggut telah jadi buah mulut sejak kebelakangan ini. Mula dengan videonya mendedahkan hal di kawasan Sungai Buluh sampailah video wawancara yang mana secara tak sengaja mempersoalkan solat aggota polis dan juga tentera.

Dek kerana jadi viral, ada pula geng bawang dan netizen yang telah korek kisah lama encik Asri Janggut ini. Sampai kan ada yang korek hal silamnya yang mana ada dakwaan terhadapnya.

Netizen ada buat pendedahan bahawa Asri janggut pernah didakwa buat kekerasan terhadap isteri dan menyeleweng wang dalam syarikat.

Mellihat hal ini mula diperkatakan, Asri Janggut tampil dengan tenang memebri kenyataan tentang kejadian lampau berkenaan.

Akui memang kejadian berlaku itu namun kata Asri Janggut semasa itu, dirinya masih lagi muda dan belum lagi dapat hidayah daripada Allah.

“Macam ni lah ye, hal berkenaan terjadi ketika saya ada di dalam zaman jahiliah. Masa tu zaman saya di usia yang muda. Tak dapat lagi hidayah dari tuhan sekalian alam, Allah.

“Isu domestik antara diri saya ni dan juga isteri (yang mana sekarang ni dah jadi bekas isteri). Ketika itu sedang terjadinya krisis dalam perkahwinan kami. Isteri saya buat report polis dan masa tu memang dia pressure dan semua tu sebenarnya kisah lama dah.

“Kalau ikutkan, saya tidak pernah pun naik mahkamah, dan tidak didakwa. Cumanya sekadar ada report di buat kepada saya, namun tidak didakwa. Kejadian berlaku pada tahun 2012. Lama dah hal ni terjadi, yang mana akhirnya kami berdua pun berpisah sebagai suami isteri hujung tahun tu. Boleh dikatakan, ketika itu zaman jahiliah buat saya, saya agak nakal”.

Bercerita lanjut tentang satu lagi isu yang mana katanya dia seleweng duit milik syarikat, Asri memberitahu ketika itu berlaku kerana mereka suami isteri dalam keadaan amarah.

 “Dulu syarikat yang kami jalankan berkisar berniaga burger juga, tapi saya letak nama isteri saya untuk syarikat. Duit itu hasil kami berdua suami isteri, namun aoabila dah berkelahi dan ada krisis, ada pihak tidak bagi saya ambil duit berkenaan, masa tu isteri saya marah, jadi memang nampak macam saya ni seleweng”.

“Kemudian maybe report polis dibuat dengan keadaan tidak tenang, kerana dia terus buat laporan lepas kejadian kelahi.  Sebenarnya lepas dah tenang, selepas itu kami pun berdamai dan dah tak ada isu pun”.

Itulah penerangan lanjut dari Asri Janggut tentang kisah yang viral berkenaan dirinya. Walapun dilihat ada pihak cuba menjatuhkan namanya, Asri tetap akan teruskan perjuangan untuk tegakkan keadilan.

.

Recent Posts

Ramai kurang senang lihat baju instafamous terdedah disebelah Pu Amin

Instafamous bernama Nadira Isaac telah jadi tumpuan setelah upload dua keping foto bersama penceramah dan pendakwah bebas iaitu Pu Amin…

10 hours ago

“Ko nak apa sebenarnya” Pengarah komen isu babak Ellie Suriaty cium kaki

Telah timbul satu isu yang mana ada babak pelakon Ellie Suriaty jirus air dan mencium kaki pelakon Adlin Aman Ramlie…

20 hours ago

Shaheizy Sam rugi RM500ribu, setengah juta tu..

Siapa yang tak kenal dengan watak utama filem Adnan Sempit dan juga Polis Evo. Nama Shaheizy Sam memang sentiasa diingati…

2 days ago

Tindakan mulia isteri Along Eyzendy, semoga syurga buatmu

Pelakon Along Eyzendy kini sedang hidapi sakit buah pinggang yang kronik. Kerana penyakitnya itu, buah pinggang telah rosak teruk sehingga…

2 days ago

Rozita Che Wan jawab dakwaan hubungan dengan suami dingin

Pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Rozita Che Wan dan suaminya iaiatu pelakon Zain Saidin tiba-tiab menjadi topic apabila ad…

2 days ago

Ezlynn report polis, failkan saman terhadap dua akaun Facebook

Penyanyi Ezlynn semalam akui ada dipanggil oleh pihak SPRM berkenaan kes pengubahan wang. Ezlynn telahpun beri kerjasama dan merakamkan keterangannya.…

3 days ago

This website uses cookies.