Kes langgar SOP, Swarovski batal kontrak dengan Neelofa

3,695 views

Kisah selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa selalu saja jadi bualan ramai. Sebelum ini Neelofa telah disahkan oleh pihak berkuasa bahawa dia telah kena kompaun sebab langgar SOP untuk majlis perkahwinan dan juga merentas negeri.

Sejumlah RM60 ribu denda yang dikenakan kepada Neelofa termasuk suami dan family nya. Namun kisah berkenaan masih lagi belum berakhir di situ.

Yang terbaru, ada netizen telah pergi ke laman media milik Swarovski dan bertanya apakah status hubungan antara jenama berkenaan dengan Neelofa.

Sebelum ini Neelofa dan syarikat Swarovski iaitu sebuah syarikat barang kemas terkenal, selalu saja bekerjasama, malah Swarovski turut menaja Neeelofa di majlis perkahwinannya.

Dek kerana itu, ada netizen yang mempersoalkan malah membandingkan dengan artis Korea, yang mana jika artis itu buat kesilapan, kontrak akan dibatalkan.

Ada juga netizen yang berkata dia tak akan menjadi customer kepada jenam Swarovski sekiranya masih bekerjasama dengan neelofa.

Akhirnya pihak syarikat ada menulis kembali dan memberi respon setelah banyak yang tag Swarovski berkenaan hal ini.

Melalui satu tweet, pihak Swarovski ada mengtakan bahawa jenama berkenaan sudah tidak lagi bekerjasama dengan neelofa,

Terima kasih kerana menghubungi kami, kami boleh sahkan bahawa kami tidak lagi bekerja sama dengan neelofa.”

Setelah sehari menulis tweet berkenaan, pihak Swarovski dilihat telah delete semual tweet tersebut. Tidak diketahui sebabnya. Kita tunggu sahaja kenyataan rasmi dari Swarovski kelak.

Bagi yang tak tahu, jenama Swarovski amat sinonim dengan Neelofa dan mengambilnya sebagai duta sejak tahun 2017. Di majlis perkahwinan Neelofa dan Pu Haris, Swarovski menaja busana pengantin yang bertatahkan lima ribu batu Kristal Swarovski yang direka dan design oleh Alia Bastaman.

Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dari pihak Swarocski mahupun dari pihak Neelofa.