Kes Polis Artis Baru Nak Up, Ini Respon Haqiem Rusly, Fareez Fauzi Saksi

6,793 views

Sekarang tengah kecoh tentang satu kes polis melibatkan seorang artis baru atau penyanyi baru nak up yang kini kena thn dengan pihak polis.

Dek kerana isu ini, ramai netizen yang mula buat spekulasi dan telah petik beberapa nama artis baru nak up dan ini sudah tentu termasuk Haqiem Rusli.

Apabila nama terpalit, menerusi laman media social Twitter, penyanyi ini menulis satu status menjelaskan dirinya tak terlibat dengan hal itu. Malah Haqiem ada memberitahu dia sedang sibuk dan akan buat persembahan esok hari.

 “Kat rumah je ni, janganlah main tuduh-tuduh. Jangan tuduh melulu atau mengaibkan. Saya kat backstage ni esok perform Muzikal Lawak Superstar.

Oleh dengan itu, memang bukanlah Haqiem Rusly yang terlibat. Penyanyi tu adalah orang lain yang baru nak tempa nama.

Dalam pada itu, seorang selebriti yang sedang meningkat naik iaitu Fareez Fauzi merupakan saksi di tempat kejadian. Fareez merupakan anak kepada pelakon Fauzi Nawawi.

Fareez berkata artis yang terlibat adalah kawan kepadanya yang merupakan composer berbakat. Mereka berjumpa semalam dan Fareez ada ketika artis berkenaan dikatakan buat hal di stesen minyak sampai kena thn dengan polis.

Sememangnya Fareez langsung tak sangka kawannya itu yg merupakan penyanyi dan komposer bertindak di luar kawalan dan buat hal sampai macam tu sekali.

Tambahnya, Fareez akui kawannya itu ada tunjuk sikap yg lain dan agak pelik semalam, tak seperti biasa.

Ini komen Fareez: “Sy ada di tempat kejadian dan dipanggil memberi keterangan semalam. Tapi, bukan sy individu terbabit. Jgn ftnh”

“Dah hmpir satu bulan tak jumpa dia. Semalam jmpa dia sgt pelik. Dia nak mrah je. Sy jumpa sbb dia minta tlng hantarnya ke pejabat di Setapak.

“Dlm perjalanan, sy telah singgah nk isi minyak. Dia kemudian telah masuk dlm kedai, katanya dia nk beli pen dgn air”

Setelah isi minyak, Fareez Fauzi berkata dia mula rasa sesuatu.  Hampir setengah jam menunggu dalam kereta dia berasa lain macam apabila rakannya masih tidak keluar.

Fareez letak kereta di area depan kaunter pembayaran dan telah terlihat rakannya itu sedang bercakap dengan pekerja di kaunter.

“Tak lama lepas tu, dia keluar dn beritahu baru saja pjk kepaala pekerja kat situ. Saya terkejut dan ingat dia hanya bergurau. Dia masuk semula dan kemudian kereta polis datang. Saya cuba tenangkannya, tapi nampaknya tak boleh juga. Itu yang polis terus bawa ke balai”

Menurut Fareez, rakannya itu bertindak sedemikian kerana tertekan dan kemurungan.

“Dia ade beritahu ttg kemurungan sbb selalu kna kecam dgn netizen. Katanya, org tak boleh faham dia. Hinggakan dia boleh tulis lirik di tangan. Dalam masa sama, dia cakap ibunya sedang sakit dan bertungkus lumus nak cari duit,”

Fareez Fauzi berkata lagi, rakannya itu masih diremaan dengan pihak berkuasa dan akan dibawa ke mahkamah pada esok hari.